Resepi Mee Bandung Yang Sedap Dan Padu. Bikin Ketagih Rasa Nak Lagi!

0 2,737

Masakan apa hari ini! Ibu-ibu mesti dah kering idea asyik pikir nak masak apa? Apa kata anda try resepi mee bandung yang pastinya sedap dan bikin ketagih. Hidangan mee bandung  ini boleh dijadikan juadah untuk dihidangan pada keluarga anda hari ini.

Mee bandung pada asalnya gandingan mee kuning dan telur ditambah dengan kuah yang pekat yang dibuat dengan ramuan campuran cili, bawang tumis bersama rempah ratus, belacan dan udang kering. Rasa yang lemak manis kuah mee bandung ini pastinya menjadi kesukaan ramai orang.

Namun untuk rasa yang lebih sedap yang anda boleh tambah dengan bahan-bahan lain seperti udang, daging, bebola ikan dan sayur. Untuk versi mewah anda boleh tambah dengan udang galah, kerang, ataupun tulang kaki lembu yang juga dikenali sebagai gear box

Mee bandung ini cukup popular di muar, Johor. Namun ia telah menjadi makanan terkenal dan menjadi kegemaran di merata Malaysia termasuk juga Singapura. Bila dah makan, memang rasa nak makan lagi, memang tak cukup semangkuk tau. Cara penyediaan mee bandung ini juga sangat mudah dan ringkas. Anda boleh cuba nanti.

Disebabkan menu ini mudah, apa kata anda cuba di rumah,  follow sahaja resepi step by step yang dikongsi oleh pengguna facebook iaitu cik puan Zana Mokhtar. Bila buat sendiri di rumah lagi puas hati makan. Boleh buat banyak juga untuk dikongsi rezeki dengan jiran.  Jangan lupa try tau!

 

RESEPI MEE BANDUNG

Cara penyedian menu ini sangat mudah, boleh gunakan air rebuskan tulang, airnya sedap dijadikan kuah nanti, kebiasaanya di kedai-kedai yang menjual mee bandung, mereka juga mengunakan air tebusan tulang  untuk dijadikan stock, itu lah rahsia kesedapan mee bandung. Jom try masak !

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Udang kering (direbus)
  • Cili kering (dikisar)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit biskut Marrie (dikisar)
  • Daging/ tulang daging
  • Udang hidup
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Telur
  • Ubi kentang

CARA PENYEDIAAN MEE BANDUNG  :

▶️ Rebuskan tulang daging/daging bagi empuk dahulu dan air rebusan itu jangan di buang sebab nak buat stok kuah nanti.

▶️ Panaskan minyak dan masukkan bahan bahan yang dikisar untuk dijadikan pes.

▶️ Biarkan seketika sehingga tumis pecah minyak dan selepas itu masukkan tulang daging/daging yang dah rebuskan tadi.

▶️ Biar seketika bagi mesra selepas tu masukkan kesemua stok air daging tadi dan sedikit air. Biarkan mendidih.  Selepas itu,  masukkan kentang yang dah dikisar ke dalam kuah tapi kentang mesti di goreng dulu dan kemudian kisarkan.

▶️ Setelah itu, masukkan udang, fish cake, fish ball dan pecahkan telur dalam kuah tu ye.

▶️ Biar seketika masak dan akhir sekali masukkan sawi.

▶️ Angkat, siap untuk dihidangkan bersama mee dan bawang goreng.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Tengggiri Berlado Yang Simple Dan Sedap. Pasti Membangkitkan Selera!

 

Wah dah siap! Resepi ini boleh dimakan pada bila-bila masa tak kira untuk dijadikan menu waktu petang ataupun malam. Sekali cuba pasti tak menyesal. Yang berada di juar negeri Johor, tidak perlu rentas negeri semata-mata nak makan mee bandung yang popular di muar, buat sendiri di rumah pun sedap.

Hidangan yang simple ini pasti menjadi makanan kesukaan suami serta anak-anak. Jika anda tidak suka rasa belacan anda boleh kurang belacan ini kerana, udang kering pun boleh boleh menjadikan kuah mee bandung pekat dan sedap secukup rasa.

Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi. Serius anda tidak rugi kalau cuba resepi ini. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah. Boleh buat dirumah sahaja. Semoga perkongsian resepi mee bandung ini memberikan inspirasi untuk anda memasak hari nie.

Leave A Reply

Your email address will not be published.