Pasti ramai yang suka makanan korea kat sini? Ada yang pernah makan kimchi? Peminat makanan korea pasti suka dengan kimchi. Kali ini daily masak nak shared satu Resepi Nasi Goreng Kimchi untuk peminat makanan korea.
Korea bukan sahaja femes dengan drama dan k-idol nya sahaja, tapi makanan mereka juga agak femes di setiap negara. Korea pandai mempromosi budaya mereka melalui drama dan artis mereka.
Kalau selalu tengok drama Korea pasti perasan mereka selalu makan kimchi. Kira kimchi ni sentiasa ada diatas meja makan sebagai side dish. Kimchi ada rasanya tersendiri, rasa masin dan pedas memang kegemaran rakyat Korea.
Kimchi dibuat dengan kobis cina dan diperap sehingga masak sebelum dimakan. Bahan-bahan utama untuk kimchi ialah garam kasar, epal atau pear, serbuk cili, bawang putih, halia, sos ikan, dan banyak lagi.
Kimchi mempunyai satu bau, mungkin yang tidak pernah makan akan kata busuk tapi itu bau yang diperap seperti dijeruk. Resepi nasi goreng kimchi ini telah dikongsi oleh Zurina Zukifli.
RESEPI NASI GORENG KIMCHI
Kimchi biasanya akan digunakan kobis cina, tapi jugak dibuat dari sawi putih, lobak, mentimun, sawi hijau dan banyak lagi. Kalau nak tahu kimchi ni dibuat dari sayur-sayuran dan difermentasi, rasanya akan masam dan pedas.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Kimchi – kuantiti semangkuk kecil – dipotong
- 2 batang daun bawang – dihiris
- 3 ulas bawang putih – dicincang halus
- 2 ketul isi ayam – dipotong dadu
- Separuh lobak merah – dihiris halus
- Semangkuk nasi
- 2 sudu besar minyak masak
- Sos pedas Korea Adabi
- Kepingan rumpai laut Big Bang – digunting²
- 1 biji telur ayam
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI GORENG KIMCHI
▶️ Mula-mula panaskan 2 sudu makan minyak masak, kemudian tumiskan daun bawang dan bawang putih sehingga naik bau.
▶️ Masukkan isi ayam dan kacau sehingga masak.
▶️ Selepas itu, masukkan hirisan kimchi dan gaul rata.
▶️ Untuk rasa pedas boleh masukkan sedikit sos korea, boleh tambah garam untuk rasa yang lengkap.
▶️ Seterusnya, masukkan hirisan lobak merah untuk tambahan tekstur ranggup dalam hidangan.
▶️ Kemudian, masukkan nasi. Kalau nak Rasa dekat dengan Korea boleh guna beras sumo. Kacau sebati dan siap.
▶️ Akhir sekali goreng telur mata untuk dimakan dengan nasi dan tabur hirisan seaweed.
BACA JUGA : Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas Pekat Melekat, Rasa Yang Sedap Secukup Rasa!
Aroma dari kimchi dah seperti berada dalam restaurant Korea. Tambah pula telur mata dan hirisan seaweed kat atas nasi lagi sedap dimakan. Mungkin orang yang tak boleh nak telan kimchi boleh cuba rasa nasi goreng kimchi, pasti akan jatuh cinta dengan rasanya.
Bagi peminat cheese, boleh letak cheese diatas nasi nanti dan bakar sekejap sehingga cheese cair. Nak makan boleh tarik-tarik cheese. Ada juga nasi goreng kimchi yang letak gochujang. Letak apa-apa pun sedap asalkan ada bahan utama iaitu kimchi.
Resepi nasi goreng kimchi ini confirm boleh masuk tekak melayu, kalau tak percaya boleh cuba sendiri resepi ini. Makan sambil layan drama korea pun best ni, jangan lupa untuk mencubanya!