Resepi Kuih Keria Inspired Mua Bellaz. Mudah Sedap Dan Bikin Ketagih!
Tiada idea untuk sediakan minum petang? Apa kata cuba resepi kuih keria, khas buat anda yang ketandusan idea. Resepi kuih keria ini tidaklah sukar, sesiapa sahaja boleh sediakan hidangan ini. Jadi selepas ini, bolehlah anda hidangkan kepada yang tersayang! Pasti mereka suka!
Kuih keria merupakan antara kuih yang famous di Melaka. Kalau nak makan kuih ni sanggup beratur panjang tau. Serious! Kuih keria memang sangat famous di sana dan pernah viral masuk dalam televisyen mahupun media social. Rasa yang sedap memang menarik minat orang ramai untuk mencubanya.
Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang. Kuih ini hanya menggunakan ubi keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Kemudian dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula.
Cara penyedian kuih ini juga sangat lah mudah, ubi keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Kemudian ubi keledek tersebut dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat. Digaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Selepas itu, buat bentuk lubang ditengah dan goreng sehingga keperangan. JIka nak detail boleh je follow resepi dibawah ini.
Disebabkan penyediaan kuih keria ini sangat mudah apa kata anda follow resepi yang di kongsi oleh penguna facebook cik puan Siti Husni. Menu yang sangat sedap tapi mudah nak buat. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Tak rugi cuba tau!
RESEPI KUIH KERIA
Kuih keria ni juga boleh didapati dikedai kedai jualan kuih. Tapi kuih cepat habis kerana ramai yang mengemarinya. Jadi apa kata anda cuba je dirumah. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan yang digunakan dan bagaiman cara penyedian kuih keria ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 1kg ubi keledek oren
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
- 1/2 sudu majerin/planta (sis tambah)
- 1 sudu kecil garam
Bahan gula sira :
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN KUIH KERIA :
▶️ Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.
▶️ Masuk semua bahan yag lain dalam keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
▶️ Sapu tangan dengan minyak kemudian buat bulat-bulat macam doh tu lepastu tekan buat lubang ditengah-tengah. Buat macam donut jugak cuma untuk keria ni buat la saiz comel-comel sikit ye.
▶️ Dah siap semua. Panaskan minyak, api sederhana besar. Gorengkan keria sampai nampak warna kekuningan golden tu dah boleh angkat.
▶️ Kemudian, masukkan gula dan air untuk jadikan gula sira. Guna api yang sederhana sahaja. Masak sira hingga mendidih dan berbuih. Kacau sampai pekat & bertali. Tutup api
▶️ Masuk kuih keria tadi. Gaul cepat-cepat ye bagi sira gula salut rata semua kuih keria. Gaul je sampai gula tadi kering dan nampak putih-putih salut kat kuih keria tu.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Laksa Goreng Yang Simple Dan Sedap. Sekali Cuba Pasti Repeat Lagi!
Kuih keria ni sedap dimakan suam-suam panas, kalau dimakan panas kan melecur pula pula bibir yang cantik tu. Kuih yang garing diluar dan lembut didalam dan sesuai dihidang untuk minum petang. Boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan teh 0 panas. Pasti terangkat!
Kalau buat sendiri lagi puas hati, rasa isi ubi keledak lebih terasa. Biasa kalau beli dikedai lebih terasa tepung. Kuih keria juga sedikit keras berbanding buat sendiri. Sekali cuba resepi ini confirm repeat lagi! Serius tak menyesal. Menu yang sangat simple dan cara penyediaan yang mudah amat rugilah kalau tidak mencubanya
Semoga pengkongsian cara menyediakan resepi kuih keria ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan share supaya orang lain boleh mencuba resepi kuih keria yang sangat lembut dan sedap ini. Selamat mencuba!