Resepi Udang Masak Sos Masam Masam Manis Yang Padu. Resepi Yang Simple Dan Sangat Sedap!

0 1,451

Kalau sebelum ini udang biasa masak sambal, masak merah, masak lemak cili api dan macam-macam lagi. Tapi hari nak share resepi udang masak sambal sos yang paling simple. Tak kisah nak guna udang, ayam, ikan ataupun daging sekali pun. Semuanya sangat sedap bila di masak sambal sos ni. Anda wajib try!

Bagi yang dah kering idea nak buat masakan apa untuk dihidangan malam ni, boleh cuba menu masakan ringkas ini. Mungkin bagi kita yang muda rasa ianya masakan baru. Tapi sebenarnya bagi mak-mak kita dan biasa sangat buat sambal sos ini.

Apa yang membezakan sambal udang yang biasa kita buat dengan sambal sos ni adalah penggunakan sos cili dalam masakan ini. Bukan sesudu dua tau, tapi semangkuk digunakan untuk hasilkan masakan sambal sos ini. Rasa yang masam manis memang sedap makan dengan nasi putih panas-panas tau.

Kalau sebut menu udang pasti anak-anak suka makan lagi-lagi masak udang sambal. Laju je kalau ajak makan. Siap bertambah-tambah lagi. Pasti mak-mak suka tengok. Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan resepi ini juga simple hanya menggunakan udang dan beberapa sos sahaja.

Untuk lebih detail, apa kata jom follow perkongsian dari Cik Puan Umi Watie menurut beliau resepi ini sering kali diminta oleh anaknya setiap kali pulang ke asrama. Jadi untuk happy kan anak-anak mak pasti masak menu kesukaan anak-anak. Anda pun pasti tidak sabar nak mencubanya juga kan!

 

RESEPI UDANG MASAK SOS

Menu ini juga sesuai untuk dihidangkan untuk makan tengahari ataupun makan malam. Walaupun ia adalah menu simple tapi boleh buat bertambah nasi. Tanpa membuang masa lagi apa kata tengok bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyedian resepi udamg masak sambal sos yang padu ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 500g udang
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • ¼ inci halia (dikisar)
  • 10 tangkai cili kering (dikisar)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili

CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK SOS :

▶️ Masukkan minyak ke dalam kuali, tumiskan semua bahan yang telah kita kisar halus. Tumis sampai pecah minyak ya.

▶️ Bila bahan tumisan dah pecah minyak bolehlah masukkan air lebih kurang ¼ cawan.

▶️ Masukkan segala aneka sos tadi ya. Biarkan kuah sedikit memekat.

▶️ Masukkan udang tadi. Kacau rata.

▶️ Kalau suka boleh masukkan bawang hiris. Tak suka boleh abaikan. Tak salah pun.

▶️ Jangan masukkan garam dan nak letak gula pun boleh. Masak sos ni biasanya kena ada manis manis sikit baru sedap. Gaulkan semua sampai udang Masak. Matikan api.

▶️ Hiaskan dengan daun bawang. Tadaaa dah siap! Settle kerja mak. Jom makan.

 

BACA JUGA: Resepi Muffin Chocolate Chip Yang Gebu Dan Moist. Sesuai Dihidang Dalam Pelbagai Event!

 

Tada dah siap! Warnanya sungguh membuka selera kalau makan dengan nasi putih pun dah cukup. Tak perlu lauk lain dah. Tapi kalau nak lagi sedap ada ulam timum dan ulam kampung lagi lah bertambah-tambah nasi dibuatnya. Rasa masam manis sos itu sendiri pun dah sedap. Tak perlu letak tomato atau asam jawa dah. Cukup rasa dah.

Kalau nak buat sambal ini banyak-banyak pun boleh. Tapi yang pasti kena tumis biar betul-betul pecah minyak baru boleh disimpan. Jika nak makan dengan ayam pun boleh. Pastikan ayam digoreng sehingga masak kemudian barulah digaul-gaul dengan sambal sos menggunakan api yang perlahan.

Ada yang nak cuba buat resepi udang sambal sos yang mudah ni? Bolehlah ikut je resepi dekat  atas ni step by step.  Semoga resepi udang masak sos ini memberikan anda manfaat dan boleh share pada kawan-kawan anda juga. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.