Resepi Masak Lemak Siput Sedut Yang Menyelerakan, Rahsia Tak Berbau Hanyir Dan Dibasuh Bersih!

0 15,876

Siput sedut atau dikenali sebagai belintung, sejenis siput air tawar yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar tani. Hidangan yang paling biasa dibuat dengan siput sedut ialah masak lemak, jom lihat Resepi Masak Lemak Siput Sedut.

Masyarakat setempat sering kali menjadikan siput sedut sebagai santapan mereka. Walaupun begitu proses pembersihan teliti amat penting sebelum dimasak. Siput sedut perlu dibersihkan bagi mengeluarkan kotoran lumpur padanya.

Jika tidak dibersihkan betul-betul boleh menyebabkan keracunan makanan. Untuk mencuci siput sedut sehingga bersih boleh menggunakan hempas kelapa dan sedikit air untuk digaul bersama siput sedut dan biarkan semalaman atau paling cepat dua jam.

Kemudian basuh bersih siput tersebut dan rendam pula dengan air garam supaya siput muntahkan semua kotoran yang ada dalam cengkerang. Sebelum masak jangan lupa buang mata dan hujung cengkerang siput tau.

Apabila siput sedut dibersih dengan elok, ia akan tidak berbau hanyir apabila dimasak. Jika masih lagi berbau hanyir boleh cuba rendam dengan hirisan limau atau lemon selam 10-15 minit. Resepi ini telah dikongsi oleh Nur Azlia Rosli.

 

RESEPI MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Siput sedut selepas dibersihkan perlu dibuang mata dan dipotong hujung cengkerangnya. Jika tidak dibuang nanti susah untuk keluarkan isinya. Mata cengkerang perlu dikeluarkan, bahaya jika disedut dan tertelan matanya.

photo6253581020335025822.jpg (720×960)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Cili padi ( ikut kepedasan )
  • Kunyit hidup
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Ikan bilis sedikit
  • 2 batang serai ( diketuk )
  • Daun kunyit
  • Santan
  • Garam secukup rasa

photo6253581020335025820.jpg (720×960)

CARA-CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

▶️ Mula-mula kisarkan cili padi, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah sehingga halus.

▶️ Selepas itu, masukkan siput sedut dan serai kedalam periuk. Biarkan mendidih dan air dari siput keluar supaya boleh keluarkan lendir pada siput sedut. Biarkan air siput kering.

▶️ Setelah air siput kering, baru tambahkan air ke dalam periuk untuk memasak.

▶️ Masukkan bahan kisar tadi kedalam periuk dan gaul rata.

▶️ Kemudian, masukkan santan, ikan bilis, dan garam secukup rasa.

▶️ Daun kunyit perlu dihiris terlebih dahulu dan masukkan kedalam periuk. kacau rata. dan jangan biarkan santan berketul. Siap.

photo6253581020335025821.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Sopang Kuih Traditional Negeri Sembilan, Rasanya Yang Enak Lemak-Lemak Manis!

 

Siput sedup kalau makan rasanya dah tak perlu nasi, senang rantah begitu je. Mungkin yang pernah makan tahu macam mana kesedapan masakan ini. Yang baru nak belajar makan kena berlajar macam mana nak keluarkan isi siput tersebut.

877282923.jpg (1200×800)

Biasa kita dengar siput sedut masak lemak cili api, tapi ada lagi hidangan lain yang boleh dimasak menggunakan siput sedut iaitu masak kicap dan goreng cili. Tapi kebiasaannya siput sedut sedap dimasak lemak cili api.

Masakan ini mungkin agak susah untuk didapati, sebab sekarang agak ramai yang tidak biasa makan siput sedut. Yang belum pernah mencuba resepi masak lemak siput sedut ini, boleh cuba tips yang kami bagi ini, selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.