Resepi Sambal Padang Yang Paling Sedap Dan Padu. Menu Ringkas Untuk Menyedapkan Hidangan Anda!
Siapa disini pernah cuba resepi sambal padang? Resepi ini memang sedap dan sangat padu rasanya. Walaupun menu ini sangat simple, tapi belum cuba belum tahu kesedapan sambal ini. Kalau makan di restoran padang confirm sambal ini wajib ada. Kalau takde sambal ni memang tak syok makan tau.
Sambal padang ini boleh dimakan dengan ayam goreng, ikan goreng, udang bakar, ikan bilis, telur goreng dan banyak lagi. Sambal yang sangat sedap dan lazat boleh ketagih dibuatnya. Makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah-tambah. Kalau dah makan sambal padang nie, memang tak toleh kira kanan dah. Dahsyat betul sambal padang ini ya!
Sambal padang juga dikenali sebagai ijo, ianya menggunakan kaedah penyediaan hampir sama. Sambal padang ini hanya menggunakan bawang merah, bawang putih dan cili hijau atau merah sahaja dalam masakan. Semua bahan akan dikisar dan ditumis sampai pecah minyak.
Sambal padang ini boleh disimpan dan dijadikan stock juga, boleh buat banyak- banyak dan disimpan dalam peti ais, bila nak makan nanti just panas dan tambahkan sedikit minyak panas sahaja. Jika tengah malam tiba-tiba perut keroncong nak makan, jangan risau jika ada sambal ini makan dengan telur goreng pun dah ok.
Resepi yang ringkas ini dikongsikan oleh salah seorang penggunakan facebook iaitu encik Khabbab Jamalludin. Terima kerana sudi berkongsi resepi sambal pandang ini. Walaupun je nampak simple, tapi rasanya luar biasa. Jom follow.
RESEPI SAMBAL PADANG
Ada macam-macam cara nak masak sambal padang ini. Sesetangah sambal dicampurkan dengan belacan dan ikan bilis. Tapi dalam resepi tidak memerlukan bahan tersebut. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang dipelukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar :
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili merah
- Cili api
Bahan lain :
- Asam keping
- Gula
- Garam
- Daun limau purut
CARA PENYEDIAAN SAMBAL PANDANG :
▶️ Masukkan semua bahan dalam blander dan tambakan sedikit air. Kemudian kisar kasar.
▶️ Tumis dalam minyak panas. Minyak kena betul-betul panas. Bila dan bertukar sikit warna cili terus perlahankan api.
▶️ Bila dah hampir masak, minyak dah cantik dipermukaan sambal. Masukkan pula asam keping, gula garam, dan daum limau purut. Gaul rata.
▶️ Boleh juga masukkan ajinomoto dan tutup sekejap. Lepas 5 minit dan boleh tutup api dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Kari Daging Pekat Tanpa Santan Ala Mamak. Serious Sedap Rasa Berempah Sangat Padu!
Tada! Siap untuk dihidang bersama lauk pauk yang lain. Memang terangkatlah menu sambal padang ini. Kalau nak buat stock travel pun boleh masukkan dalam bekas kaca, bekas ini boleh tahan lama cikit. Tekak melayu pergi lah mana-mana pun, mesti sambal juga yang diinginkan.
Apa pun jenis sambal kalau dimasak dengan elok, pecah minyak sambal tu boleh tahan lama. Tidak mudah berkulat atau cepat basi. Tapi jangan lupa simpan dalam peti. Kalau nak makan nanti boleh sendokkan dan panaskan dalam microwave ataupun letak cikit minyak panas lebihan masakan tu.
Sambal padang ini sedap tau jika dimakan dengan terung bakar ataupun petai. Power rasanya! Boleh layan makannya. Anda wajib cuba tau! Semoga resepi sambal padang ini bermanfaat buat kita semua dan boleh share pada kawan-kawan nanti. Selamat mencuba!