Mee Rojak Mamak Style Terlajak Sedap. Lengkap Dengan Kuah Kacang Yang Padu!

0 1,315

Dalam banyak-banyak makanan, masakan mee ni antara juadah kegemaran orang ramai. Sebut je mee apa. Mee bandung, mee kari, mee rebus dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan semua ni ada pemintanya tersendiri. Salah satu hidangan mee yang paling digemari ialah mee rojak mamak style. Lengkap dengan semua kuih rojak dan tauhu memang layan kalau makannya nanti.

Kalau nak tahu mee rojak ni sedap ataupun tidak ianya bergatung pada kuahnya dan juga bahan sampingan lain. Tak susah pun nak buat kuah rojak sebah bahannya ringkas. Memang tak rugi lah kalau anda mencubanya dirumah. Anak-anak pun pasti suka makan nanti.

Hidangan mee rojak mamak style ni yang lengkap dengan adanya kuih rojak, tauhu, telur rebus dan taugeh dan cili padi potong. Itu pun dah cukup sedap dan menyelerakan. Lagi bertambah padu bila dihidangkan panas-panas memang bertambahlah kesedapan hidangan ni.

Kalau masak sendiri terpulang pada citarasa anda. Kalau suka kuah pekat boleh tambah dengan tepung jagung. Sama juga kalau masak kuah mee hailan atau mee rebus. Kalau nak kurang pekat, boleh kurangkan tepung jagung ataupun skip. Tapi kacang kisar dan ubi keledek yang ada kuah rojak ni pun dapat memekatkan kuah rojak anda juga.

Resepi yang dikongsikan ni sangat simple dan mudah. Anda boleh follow resepi yang dikongsikan oleh En Shah Shatry dilaman facebooknya. Wah jarang-jarang lelaki nak turun ilmu dan kepakaran memasak ni. Resepi ni pasti sedap kan. Ramuan yang digunakan cukup lengkap dan simple. Jom kita try!

 

RESEPI MEE ROJAK MAMAK STYLE

Hidangan ni juga sesuai untuk dihidangakan pada bila-bila masa samada untuk makan tengahari atau petang. Nak hidangkan pada tetamu pun tak jadi masalah. Pasti anda pun tak sabar nak mencuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata anda tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan :   
Bahan kuah :
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 15 biji cili kering (dikisar)
  • 1 inci belacan (dikisar)
  • ½ cawan udang kering (dikisar)
  • 4 sudu besar kacang tanah kisar
  • 2 keping gula kerek @ nisan (gula merah pun boleh)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Air secukupnya

 

Bahan kuih :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • Taugeh
  • Kucai
  • Garam & gula
  • Air secukupnya

 

Bahan sampingan lain :
  • 1 bungkus mee kuning yg di celur
  • 1 batang timun di hiris kecil
  • 1/2 biji sedang ubi sengkuang
  • Fish ball secukupnya (digoreng)
  • Fish cake secukupnya (digoreng)
  • Tauhu secukupnya (digoreng)
  • Telur rebus
  • Taugeh yg di celur
  • Ubi kentang di rebus kemudian potong dadu
  • Cucuk di potong kecil-kecil
  • Cili besar di potong serong
  • Limau nipis
  • Daun bawang di potong kecil-kecil

CARA PENYEDIAAN MEE ROJAK MAMAK STYLE :
Cara penyediaan kuah rojak :

▶️ Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa & gula kerek.

▶️ Kemudian masukkan ubi keledek yang di blend tadi beserta kacang tanah kisar. Masukkan air. Terpulang nak kuah banyak mana.

▶️ Perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Siap!

 

Cara penyediaan kuih :

▶️ Masukkan ke semua bahan di dalam bekas besar kecuali air. Gaul sebati.

▶️ Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang sesuai.

▶️ Perap adunan 1 jam kemudian boleh la menggoreng. Bila dah siap, hiris @ gunting kecil² untuk di makan bersama dengan rojak mee nanti.

 

Cara penyediaan sampingan lain :

▶️ Masukkan mee di dalam mangkuk. Kemudian masukkan bahan-bahan sampingan.

▶️ Masukkan kuah kemudian kacau.

▶️  Siap! Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Lopes Batik Yang Mudah, Lembut Dan Sedap. Kuih Tradisional Yang Paling Istimewa, Anda Wajib Try!

 

Wah! Nampak sungguh mengilurkan. Resepi ni lagi padu bila hidangan cukup lengkap. Sediakan tauhu putih yang digoreng, kentang rebus yang empuk, telur rebus, taugeh, timur dan sebagainya. Kalau hidangan ni lengkap baru puas nak makan. Semangkuk pasti tak cukup punya!

Kalau makan dengan mee kuning pula. Jangan lupa untuk celurkan sikit dengan air panas sebelum hidangkan. Tapi pastikan celur atau rendam sekejap je. Jangan terlebih nanti kembang pula mee kuning. Nanti tak sedap bila terlebih kembang.

Bagi mak-mak yang dah pening tak tahu nak hidang minum petang untuk anak-anak boleh ikut resepi yang dikongsikan ini. Sedapnya kalau dapat makan waktu minum petang nanti. Semoga dengan perkongsian resepi mee rojak mamak style yang sedap ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.