Resepi Kerabu Jantung Pisang Bersama Pucuk Paku dan Sotong. Sangat Sedap Boleh Makan Dengan Nasi Atau Ratah Je!

0 770

Siapa suka makan jantung pisang? Jantung pisang sebenarnya banyak manfaat yang dimilik oleh jantung pisang antaranya vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan sebagainya. Biasanya jantung pisang ni dimasak rebus kan. Tapi apa kata hari ni kita cuba resepi kerabu jantung pisang pulak. Resepi ini dihidangkan bersama pucuk paku dan sotong. Sangat unik rasanya, anda kena try!

Kalau tinggal dikawasan kampung, jantung pisang memang mudah untuk didapati. Sebab mana-mana ada je pokok pisang. Resepi yang dikongsikan kali ni memang sedap sebab rasanya yang pedas, masam dan aroma juga memang membangkitakan selera. Selain tu juga, resepi ni ada kelain cikit sebab ada tambahan pucuk paku yang dicelur dan sotong yang direbus memang lazat dan unik rasanya.

Hidangan kerabu jantung pisang ni bukan je syok dimakan dengan nasi putih panas-panas. Malah kalau nak makan ratah macam je pun dah cukup sedap. Lagi ngam rasanya bila dimakan dengan ikan bakar dan sambah belacan. Kalau dapat makan hidangan ni memang tak toleh kira kanan dah.

Rasa kerabu jantung ni memang sedap dan cukup rasa. Bau aroma dari bawang merah mentah dan kerisik memang cukup wangi. Rasa yang rangup dari taugeh  dan bawang mentah yang dihiris memang cukup rasa. Kalau anda suka sedikit masam, boleh perahkan hirisan limau nipis ke dalam kerabu ni.

Resepi yang ringkas dan mudah ni dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Lina Hadi. Terima kasih berkongsi resepi yang berkhasiat ni. Kalau anda suka masakan ni boleh je follow step by step resepi yang dikongsi ini dibawah

 

RESEPI KERABU JANTUNG PISANG 

Resepi kerabu jantung pisang juga mengunakan santan yang pekat dan likat. Rasa memang berlemak manis. Wah pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi yang simple dan enak ni. Jadi tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan :    
  • Jantung pisang (direbus)
  • Pucuk paku (direbus)
  • Daun kesum (dihiris)
  • Taugeh
  • Bawang mewah besar
  • Santan
  • Sotong
  • Belacan
  • Gula garam
  • Kerisik (kelapa goreng)
  • Cili/lada merah

CARA PENYEDIAAN KERABU JANTUNG PISANG : 

▶️ Mula-mula bakar bawang besar. Ataupun goreng tanpa minyak.

▶️ Campurkan santan dengan cili pada dan lada merah. Masakkan sedikit santan pekat untuk nak blend.

▶️ Kemudian masukkan sedikit belacan bakar garam dan gula.

▶️ Dan sedikit kelapa goreng dan blend. Kalau tak cukup santan, campur je dengan air panas or air tapis,

▶️ Goreng sotong tanpa minyak. Boleh ganti dengan kerang rebus atau udang.

▶️ Bila dah blend gaulkan dengan bahan dah hiris tadi sekali dengan bawang besar bakar.

▶️ Kerabu jantung pisang dan pucuk paku ijo. Done!

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Hujan Panas Dihidangakan Bersama Ayam Masak Merah Yang Padu. Mudah Je Resepinya!

 

Tada dah siap! Nampak gambar pun terliur kan. Kalau anda masak sendiri anda boleh adjust rasa manis masin dan pedas mengikut citarasa anda. Tak susah pun sebenarnya nak buat kerabu jantung pisang ni. Dalam resepi ni ada menggunakan sotong. Tapi kalau anda tidak suka boleh gantikan sedang udang atau kerang. Ianya terpulang pada citarasa anda.

Hidangkan ni boleh dijadikan menu sampingan bila menjamu selera makan tengahari atau malam. Kalau sebelum ni anda suka makan ulam rebus jantung pisang, lepas ni bolehlah cuba resepi ni pula. Versi kerabu ni terpulang pada anda kering ataupun sedikit basah.

Kalau hidangakan pada keluarga pasti mereka suka. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Semoga dengan perkongsian resepi kerabu jantung pisang dan pucuk paku sotong ni memberi anda manfaat. Anda juga boleh save resepi ni, kalau ada kelapangan boleh guna balik sebagai rujukan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.