Resepi Daging Harimau Meraung Yang Super Padu. Kesedapannya Memang Tiada Tandingan!
Resepi daging harimau meraung ni nampak lembut, moist dan sangat sedap. Daging harimau meraung ni merupakan antara bahagian daging lembu yang katanya paling lembut sekali. Memang sedap dicicah dengan pencicah sos thai yang manis, pedas dan masam. Jadi apa kata kita cuba resepi daging harimau meraung pulak hari ni. Pasti membangkitkan selera anda.
Harga masakan ni memang agak mahal tapi rasanya yang sedap dan berbaloi. Nak pergi makan seorang dua di kedai, memang berbaloi dengan harga dan persembahan pingganya. Tapi kalau nak hidangan keluarga dan makan ramai-ramai lagi jimat buat sendiri. Sekali buat je tapi dapat makan banyak.
Daging harimau menangis dan harimau meraung ada satu resepi yang lebih kurang sama. Cuma namanya saja membezakan. Rasa lebih mengacam lagi pada ramuan perapannya. Bukan hanya pada daging sahaja, sos pencicah juga mestilah kena dengan caranya. Bila dihidangkan baru lah terasa lebih mantap!
Cara penyediaannya pun sangat lah simple dan bahan yang digunakan pun tidak lah susah. Nak buat buat menu daging harimau meraung ni perlukan 2 bahagian bahan. Iaitu bahan perapan untuk daging dan bahan sos pencicah. Kedua-dua bahan ini mesti lah padu, supaya hasilnya nanti mantap.
Anda yang baru nak mencuba resepi ini boleh follow resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu En Afy AL Habibi resepi nya sangat simple dan sangat padu. Makan dengan dengan nasi putih pun dah cukup menyelerakan. Confirm tak toleh kiri kanan dah.
RESEPI DAGING HARIMAU MERAUNG
Hidangan ini sangat juicy dan bahagian daging nya lembut, senang je bila makan. Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu perstu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyedian resepi daging harimau meraung yang marvelous ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan perapan :
- 500gram daging.
- 1 senduk kecil sos blackpepper
- 1 senduk kecil kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil lada hitam kisar
- Secubit dua serbuk kunyit
- Sedikit perencah secukup rasa
- Sebatang serai (ditumbuk)
- Sehiris nipis halia (ditumbuk)
- Seulas bawang putih (ditumbuk)
Bahan sos thai :
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi hijau
- Sehiris nipis halia
- 1 relung kecil nisse / gula melaka
- 4 sudu besar sos ikan
CARA PENYEDIAAN DAGING HARIMAU MERAUNG :
▶️ Daging dibasuh bersih. Kemudian digaul dengan bahan perapan diatas.
▶️ Panaskan pan dengan satu sudu minyak. Masukkan daging yang sudah diperap tadi.
▶️ Bakar dalam api perlahan lebih kurang setengah jam atau sehingga daging masak. Baki sos perapan tadi jangan dibuang.
▶️ Daging yang dibakar jangan terlebih masak. Lebih sedap dimasak medium cook sahaja.
▶️ Sementara daging dimasak, bolehlah terus siapkan sambal pencicahnya. dan Siap dagingnya boleh hiris nipis-nipis
▶️ Kisar semua bahan sos thai dengan sedikit air kosong. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
▶️ Perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa. Kacau. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
▶️ Siap! boleh dihidangkan dengan pencicah sos thai.
BACA JUGA: Resepi Kuih Nona Manis Yang Sangat Sedap. Sesuai Dihidangkan Untuk Juadah Minum Petang Anda Hari Ini!
Dah siap! tengok pun mengilurkan. Jika suka daging berwarna hitam, boleh letak lebih sedikit kicap. Jika tak mahu gelap sangat. Letakkan mengikut sukan yang diajar. Wah bila dihidang pada keluaga pasti mereka suka. Confirm mintak repeat lagi.
Kalau nak masak daging harimau ni, masak jangan terlebih overcook nanti akan jadi keras. Buat medium saja baru sedap untuk dimakan. Bila digigit terasa juicy nya. Daging harimau nak makan begitu sahaja pun sebab rempahnya pun dan menyerap ke dalam daging tersebut.
Tak susahkan nak sediakan resepi ini di rumah. Follow je step by step yang ditunjuk. Pasti hasilnya sedap sama macam dikedai. Semoga dengan perkongsian resepi daging harimau meraung ini dapat memberi anda manfaat dan boleh share kepada kawan-kawan jugak. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.