Resepi Cekodok Salted Egg Yang Mewah Dengan Pelbagai Bahan, Garing Diluar Lembut Didalam!

0 1,013

Dalam banyak-banyak kuih, cekodok atau jemput-jemput yang paling laku keras bila dihidangkan. Makan pula masa panas-panas memang cepat je habis. Tapi cekodok kali ini lain sedikit, menggunakan tepung bestari dan serbuk salted egg jadilah Resepi Cekodok Salted Egg.

Cekodok atau jemput-jemput merupakan kuih yang femes dikalangan kita, walaupun makan setiap hari tapi masih tidak jemu-jemu jugak. Cekodok dibuat dengan bancuhan tepung dan dicampur dengan pelbagai bahan seperti pisang, ikan bilis, bawang, atau udang.

Pelbagai hidangan yang boleh dibuat dengan serbuk salted egg. Pasti ada yang pernah makan masakan dari salted eggkan? Rasanya yang lemak-lemak masin ditambah pula dengan aroma daun kari memang menyelerakan sekali.

Mana ada lagi orang buat cekodok dengan serbuk salted egg ni, nak cuba kelainan boleh try buat resepi ini untuk minum petang sekeluarga pasti anak-anak suka. Resepi yang sedap dan mudah ini dikongsi oleh Addarosa Rose Garden.

Dalam hidangan ini juga dicampur dengan tepung bestari dan tidak menggunakan tepung gandum untuk membentuk cekodok salted egg ini. semua pasti tahu tepung bestari ini memang sedap kalau digunakan untuk buat ayam goreng.

 

RESEPI CEKODOK SALTED EGG

Hidangan ini menggunakan bahan-bahan yang ada didapur sahaja, jadi apa-apa bahan yang yang sesuai boleh dicampur asal sedap dimakan. Nama sahaja cekodok tapi seperti bebola pun ada.

photo6230852684764785827.jpg (960×1280)

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Bawang putih
  • Bawang Holland
  • Cili padi
  • Timun
  • Carot
  • Taugeh
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Isi ayam
  • 2 ketul tauhu
  • 2 sudu makan tepung bestari
  • 2 sudu makan serbuk salted egg
  • Sedikit garam
  • Telur
  • Lada sulah

*sukatan hanya agak-agak mengikut berapa banyak yang ingin dibuat.

 

CARA-CARA PENYEDIAAN CEKODOK SALTED EGG

▶️ Mula-mula potong dadu bawang putih, bawang Holland, cili padi, timun, daun sup, daun bawang, carot dan isi ayam.

photo6230852684764785826.jpg (720×960)

▶️ Kemudian campur kesemua bahan didalam satu bekas kecuali telur dan lada sulah.

photo6230852684764785822.jpg (720×960)

▶️ Kacau sampai sebati semua bahan.

photo6230852684764785821.jpg (720×960)

▶️ Bentukkan menjadi bulat-bulat, tidak perlu terlalu besar sangat. Buat sampai habis.

photo6230852684764785824.jpg (960×720)

▶️ Pecahkan telur dan campurkan dengan lada sulah, kacau sebati.

photo6230852684764785820.jpg (720×960)

▶️ Panaskan minyak untuk mengoreng. Celup bahan yang dah dibuat bulat-bulat satu persatu dan gorengkan sehingga keperangan dan masak.

photo6230852684764785828.jpg (720×960)

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Goreng Kimchi Sedap Dan Pedas, Rasanya Yang Unik Pasti Akan Terpikat!

 

Bukan susah nak masak benda sedap ni, hanya guna bahan-bahan lebihan dirumah sahaja dah boleh hasilkan hidangan yang sedap. Kalau buat macam ni hari-hari pun tak apa, asal anak-anak suka makan.

298447743832893.jpg (1200×800)

Jika ada lebihan isi ayam kfc boleh tukar dengan isi ayam, rasanya akan lagi sedap dengan rasa rempah ayam kfc tersebut. Bancuhan ini dibuat agak kering sebab akan dicelup telur sebelum digoreng, kalau suka buat bancuhan seperti cekodok boleh tambah air dan tepung sedikit dan goreng seperti cekodok.

Masakan yang sedap tak semestinya perlu menggunakan bahan-bahan yang mahal, hasil dari pelbagai bahan sudah boleh dijadikan satu hidangan yang sedap. Jangan lupa untuk follow resepi cekodok salted egg yang mudah ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.