Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Cara Nak Buat Mudah Je. Rasa Dia Memang Mengancam Habis!

0 4,539

Kalau korang nak tahu Daging merah masak ala thai ialah salah satu masakan Thailand yang sedap dimakan bersama tomyam dan kailan ikan masin memang sedap habis. Resepi Daging Masak Merah Ala Thai pasti mengacam habis!

Biasanya kalau order daging masak merah ala thai di kedai makan siam pasti tak puas hati, dengan dagingnya sikit, bawangnya banyak bertimbun pasti tak puas makan kan? Nak lagi puas kena masak sendiri boleh letak banyak mana daging yang kita nak. Pasti puas hati.

Bagi yang dah biasa makan daging masak merah ala thai pasti dah tahu rasanya macam mana. Yang tak pernah cuba memang perlu cuba resepi ini walaupon senang tapi menyelerakan.

Resepi daging masak merah ala thai ini dikongsikan oleh Aisyah Humaira. Resepi yang mudah, senang dan murah untuk dibuat dirumah sambil menikmati seisi keluarga.

Walaubagaimanapun, lain orang lain cara mereka buat masakan daging masak merah ni. Tapi saya suka follow resepi ni sebab mudah dan simple. Jom kita tengok bahan-bahan untuk masak daging masak merah ala thai yang sedap ini!

 

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Bagi mendapatkan warna daging masak merah ala thai yang cantik, boleh menggunakan sos bawang merah thai atau pewarna merah. Jangan menggunakan sirap kerana sirap akan memberi bau yang tidak enak semasa daging direbus.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • Daging secukupnya
  • 2 ulas bawang putih ( dicincang )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris tebal )
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang ( jika tiada boleh gunakan pewarna merah atau sirap )
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa
  • Sayur pilihan seperti carrot, kacang panjang, bunga kobis

CARA-CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK MERAH ALA THAI : 

▶️ Mula-mula, daging perlu direbus terlebih dahulu sehingga empuk bersam sos merah bawang atau pewarna merah selama 30-35 minit.

▶️ Bila daging sudah empuk, sejukkan dan hiris nipis-nipis.

▶️ Seterusnya, untuk bahan tumis pula. panaskan minyak dan tumis bawang putih.

▶️ Masukkan daging apabila bawang putih hampir garing.

▶️ Kemudian, masukkan bawang besar dan semua jenis sos yang berbaki kecuali air tepung jagung dan sayur. Kacau sehingga sebati.

▶️ Setelah mendidih, masukkan air tepung jagung dan sayur.

▶️ Akhir sekali masukkan garam, secukup rasa dan serbuk perasa. Kacau sehingga masak.

 

BACA JUGA : Resepi Original Kuih Lopes Pandan. Sedap Dan Mudah untuk dibuat!

 

Resepi daging masak merah ala thai ini boleh dikatakan salah satu resepi yang cepat dimasak, disebabkan daging yang sudah direbus sehingga empuk menjimatkan masa untuk memasak.

Keempukkan daging semasa direbus bergantung pada jenis daging yang digunakan. Elakkan menggunakan daging yang yang bercampur dengan lemak atau urat kerana agak kenyal untuk dimakan.

Kadang-kadang perlulah ubah selera dalam masakan daging. Jangan asyik masak daging masak kicap sahaja. Cuba lah resepi daging masak merah ala thai yang sangat senang dan cepat dimasak ini. Resepi dah bagi, jomlah buat! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.