Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap. Aromanya Harum Yang Membangkit Selera. Wajib Cuba!
Nasi ayam Hainan berbeza dengan nasi ayam biasa yang kita makan. Kebiasaan nasi ayam biasa ayamnya digoreng, tapi nasi ayam Hainan ayamnya direbus. Resepi Nasi Ayam Hainan kali ini telah ditunjuk cara pembuatan step by step untuk lebih mudah difahami.
Kalau nak tahu macam mana rasanya, lebih kurang makan nasi ayam di chicken rice shop. Nasi ayam Hainan biasanya ayam direbus dan dilumur dengan minyak bijan sahaja.
Nasi ayam Hainan boleh dikatakan lebih sihat kerana ayamnya tidak digoreng dan kurang berminyak. Nasi ayam ini juga sangat digemari oleh orang cina kerana rasanya yang sedap dan ada aromanya tersendiri.
Resepi nasi ayam Hainan yang dikongsi oleh Puteri Hana Sofia sangat sedap dan mudah dengan cara penyediaan dan bahan yang diberi secara terperinci.
Bagi yang dah biasa makan nasi ayam biasa dan nak cuba untuk makan nasi ayam hainan ni, bolehlah cuba. Ini adalah resepi mudah untuk anda mencuba di rumah.
RESEPI NASI AYAM HAINAN
Kita semua tahu yang nasi ayam Hainan sangat popular oleh masyarakat cina. Baunya yang harum dan sedap lagi membangkit selera. Nasi ayam Hainan boleh dikategori makanan yang kurang berminyak kerana ayamnya boleh direbus atau dikukus.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk memasak ayam
- 1 ekor ayam ( dipotong 4 )
- 4 sekawan
- Daun bawang ( dihiris )
- Daun sup ( dihiris )
- 2 inci halia ( ditubuk )
- 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
- 1 pcs kiub ayam
- 3 gelas air masak ( ikut kuantiti ayam )
- Garam
- 1 sudu butter
Bahan untuk nasi
- 4 cawan beras ( nak sedap pakai beras wangi )
- 2 helai daun pandan ( simpul )
- 3 ulas bawang putih ( dicincang halus )
- 1 biji bawang kecil ( dihiris )
- 4 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu butter
- Rempah 4 sekawan
Bahan untuk sos cili
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 5 biji cili merah besar
- 4 batang cili api
- Sedikit air rebusan ayam
- 1 sudu kecil cuka
- Gula
- Garam
Bahan untuk sos halia
- 2 inci halia ( ditumbuk )
- 2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
- 2 sudu minyak bijan
- Garam
Bahan untuk kicap minyak bijan untuk ayam
- 2 sudu minyak bijan
- 2 sudu kicap manis
- 1 sudu kecil kicap pekat
- Sedikit air rebusan ayam
Bahan untuk sup ayam
- Air rebusan ayam
- Isi ayam
- 1 sudu kiub ayam
- Bebola ikan
- Daun bawang dan daun sup ( hiris )
- Sayur pilihan, salad, timun, dan tomato
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI AYAM HAINAN :
▶️ Mula-mula sekali, masukkan 1 sudu makan butter, 4 sekawan, halia, bawang putih, kiub ayam dan tumis sehingga naik bau.
▶️ Seterusnya masukkan 3 gelas air masak sampai mendidih baru masukkan ayam dan tabor sedikit garam. Biar sampai ayam masak.
▶️ Selepas itu, tabur daun bawang dan daun sup. Ketepikan.
▶️ Setelah 40 minit angkatayam dan rendam terus dalam air berais untuk menghentikan proses masaknya ayam tersebut.
CARA PENYEDIAAN MASAK NASI :
▶️ Mula-mula masukkan butter kedalam periuk nasi, tumis 4 sekawan dan daun pandan. Masak seketika sehingga naik bau.
▶️ Masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis sehingga naik bau.
▶️ Seterusnya, masukkan beras dan gaul rata.
▶️ Akhir sekali masukkan air rebusan ayam secukupnya seperti masak nasi biasa.
CARA PENYEDIAAN SOS CILI MERAH :
▶️ Blend halus cili, tomato dan bawang putih dengan menggunakan sedikit air rebusan ayam tadi.
▶️ Kemudian perasa dengan cuka, gula dan garam mengikut citarasa.
▶️ Masak seketika diatas dapur.
CARA PENYEDIAAN SOS HALIA :
▶️ Mula-mula, campurkan bawang putih dan halia parut diatas kuali.
▶️ Seterusnya, tambah sedikit air rebusan ayam dan masukan minyak. Gaul rata dan persakan dengan garam.
▶️ Kemudian, panaskan campuran sebentar dengan api perlahan untuk membuang rasa pedar halia dan bawang putih. Jangan sampai garing.
CARA PENYEDIAAN MINYAK BIJAN :
▶️ Campurkan kesemua bahan-bahan diatas dan masukkan sedikit air rebusan ayam yang masih panas.
CARA PENYEDIAAN SUP AYAM :
▶️ Ambil baki air rebusan ayam tadi dan masukkan isi ayam , taburkan daun sup dan daun bawang.
▶️ Seterusnya, masukkan bebola ikan dan 1 kiub ayam. Ketepikan.
BACA JUGA: Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Mengancam Habis!
Resepi nasi ayam Hainan ini berbaloi untuk dicuba walaupun nampak sukar untuk dibuat dan bahan yang digunakan juga agak banyak. Tapi berbaloi untuk dibuat kerana rasanya sangat sedap.
Untuk mendapatkan tekstur ayam yang lembut, elakkan merebus ayam dengan lama. Ayam juga perlu direndam didalam air ais untuk menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini menjadikan kulitnya ranggup dan isi ayam yang lembut.
Selalu sangat makan nasi ayam yang biasa, apa kata kali ni cuba resepi nasi ayam hainan yang berbeza pula. Untuk membuktikan nasi ayam Hainan ini sedap sehingga menjilat jari ibu-ibu boleh cuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba ye semua!