Resepi Korma Daging. Hidangan Kenduri Yang Sedap Dan Mudah Dimasak. Makan Dengan Nasi Minyak Serius Layan!
Kebiasaan masakan korma daging banyak Kita boleh didapati semasa kenduri, terutama kenduri akikah. Resepi Korma Daging yang mudah dibuat dan sangat sedap sekali.
Kali ini resepi kita menggunakan daging, nak masak daging bukannya senang sebab kena pastikan daging betul-betul empuk baru sedap dimakan. Apa-apa masakan daging selalunya mengambil masa yang agak lama untuk empukan daging tersebut.
Kebiasaannya kurma daging banyak dimasak ketika kenduri, tak kira kenduri kawen, kenduri kesyukuran atau kenduri akikah. Kalau hari biasa agak susah nak jumpa kurma daging ni, masak kat rumah pun jarang-jarang nak buat kurma daging.
Cara masak korma daging tidak terlalu rumit untuk dimasak, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk masak daging sampai empuk dan bagi rempah kurma betul-betul menyerap kedalam daging.
Resepi ini dari perkongsian di Facebook oleh Tempias Hawa. Yuk! Kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk masak kurma daging.
RESEPI KORMA DAGING
Kebiasaan masakan korma akan dimasak menggunakan daging lembu, kambing atau ayam sahaja. Dimasak pula dengan ubi kentang lagi bertambah sedap kurma daging ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 kg daging
- 1 biji bawang besar*
- 6 ulas bawang putih*
- 1 ulas bawang kecil*
- 1 kulit kayu Manis
- 1/2 inci halia*
- 2 biji cili padi
- Cili merah
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Perasa masakan
- 6 biji ubi kentang ( Potong 4 )
- Santan Segar
- 2 peket Rempah kurma
CARA-CARA PENYEDIAAN KORMA DAGING :
▶️ Kisar semua bahan-bahan * kecuali cili merah dan cili padi.
▶️ Selepas itu, campurkan rempah korma dengan bahan kisar tadi. Kacau sampai sebati.
▶️ Tumis semua bahan campur tadi dan kulit kayu manis, sehingga naik bau.
▶️ Masukkan daging dan ubi kentang, kacau sehingga pecah minyak dan masukkan cili padi.
▶️ Selepas bahan tumis pecah minyak, masukkan santan, secukup rasa, garam dan gula. Kacau sampai sebati.
▶️ Masukkan air sedikit sahaja, biarkan selama 10 minit dalam keadaan api sederhana.
▶️ Akhir sekali masukkan cili merah dan tutup api.
Tadaa! Nampak sedapkan korma daging ni. Sapa kata masak korma tak sedap, kalau kena dengan rempahnya memang sedap sangat tambah pula makan dengan nasi minyak dan jelatah. Makan dengan nasi putih pun sedap jugak tau.
Biasanya masakan yang berasaskan rempah ratus ni masakan akan sedap disebabkan rempah tu sendiri. Kalau dapat rempah korma original dari India lagi sedap, tapi rempah yang ada ni pun dah cukup sedap.
Resepi korma daging ini memang sedap dan mudah untuk dibuat, jadi ibu-ibu boleh follow resepi ini untuk rujukan ibu-ibu nanti. Selamat mencuba!