Resepi Kek Marble Gebu Dan Lembut. Aroma Kek Yang Dapat Memukau Selera Anda!
Sebut je kek marble ni semua orang memang dah kenal. Mana tidaknya, dah jadi kek viral yang berulang kali orang buat sebabnya ianya simple dan tekstur yang sangat gebu. Walaupun sering kali makan kek marbel tapi tak pernah muak. Jom hari ini kita cuba buat resepi kek marble gebu dan lembut ini dirumah. Dihidangkan untuk anak-anak pasti mereka suka.
Selain mempunyai corak yang cantik, dengan tekstur yang gebu dan super fluffy. Memang menarik minat mak-mak untuk mencuba. Yang bestnya kek, ini ada aroma yang wangi dari vanilla, butter dan susu. Masa membakar boleh bau wangi semerbak satu rumah yang buatkan anda tergoda.
Kek marble ni rasanya tak macam kek-kek lain, walaupun perisanya simple je tapi bukan main sedap lagi. Nak buat minum petang santai dengan keluarga pun boleh. Malah kek ni juga boleh dijadikan kek hari raya atau dessert untuk hidagan pada tetamu. Pasti mereka pun akan teruja dengan rasanya nanti.
Cara penyediaan resepi ini sangat mudah bahan yang digunakan pun tidak renyah. Jadi kalau anda yang baru nak belajar buat kek marble ni boleh je follow resepi yang dikongsikan ini. Yang penting jangan derhaka resepi. Takut tak jadi pulak.
Jom kita lihat perkongisan resepi kek marble ni dari seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Ariana Sofia Ahmad. Kek marble ni mempunyai corok yang sangat cantik, dengan tekstur yang gebu dan sangat fluffy. Sajian yang menarik ini mampu membangkitan selera anda. Jom cuba!
RESEPI KEK MARBEL GEBU DAN LEMBUT
Untuk mudahkan penyediaan bahan, gunakan sukatan cawan. Penyukat cawan ni anda boleh dapatkan peralatan dikedai kek. Tanpa membuang masa lagi apa kata lihat satu persatu bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
- 6 biji telur
- 1 sudu soda bikarbonat
- 1 1/4 cawan gula castor
- 1 cawan butter
- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu besar ovallete
- 4 sudu besar susu pekat
- 1 sudu esen vanilla
- 5 sudu besar susu segar
- 1 sudu baking powder
- 1 sudu cream off tartar
CARA PENYEDIAAN KEK MARBEL GEBU DAN LEMBUT :
▶️ Mula-mula mix butter dan gula sehingga gebu. Dan bertukar warna putih.
▶️ Pastikan jadi putih macam ni. Adunan gebu je.
▶️ Lepas tu masukkan ovallete, telur dan esen vanilla. Boleh juga masukkan satu persatu telur.
▶️ Mix sampai sebati dan pastikan adunan jadi licin dan tidak berketul. Adunan jangan terlampau cair pulak.
▶️ Lepas tu ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan cream off tartar. Mix sehingga sebati. Nak letak tepung sikit-sikit masa mix pun boleh.
▶️ Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan susu segar. Mix sehingga adunan sebati dan licin macam ni.
▶️ Bahagikan kepada 4 bekas. 3 bekas dengan kuantiti yang sama banyak dan 1 bekas lagi lebih sedikit kuantitinya.
▶️ Letak pewarna yang kita nak kepada tiga-tiga bekas. Bekas 1 lagi biar kosong untuk letak lapisan atas nanti.
▶️ Letak adunan dalam loyang secara selang seli kecuali warna kosong. Pastikan Loyang size 8′ telah dilapik dengan baking paper dan sekeliling loyang sapu butter/ majerin. Lepas tu lorek guna lidi ikut kretiviti masing-masing.
▶️ Dah siap lorek, letak pulak adunan kosong kat atas permukaan supaya menutup semua corak tadi. Pastikan tinggal sedikit adunan untuk buat corak bahagian atas pulak.
▶️ Lebihan adunan kosong tadi bahagikan kepada warna yang kita nak. Letak warna mestilah lebih terang daripada warna adunan bawah tadi.
▶️ Lepas tu lorek ikut kretiviti sendiri. Bakar dengan suhu 130°c selama 1 jam 20 minit. Guna tray yang bawah sekali. Selepas 45 minit letak aluminium foil atas loyang supaya tak hangit.
▶️ Dah masak terbalikkan atas redai@jaring petak. Takda redai pun xpe cuma kek kena terbalikkan juga supaya tak mendap. Lepas 5@10 minit betulkan semula kek.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Resepi Ikan Talapia Masak 3 Rasa Yang Marvelous. Cukup Rasa Masam Manis Pedas!
Wah dah siap hidang kek. Nampak sangat menyelerakan. Sangat cantik bila dipotong. Nak hidang untuk minum petang pun boleh. Bila buat sendiri lebih puas hati dengan hasilnya. Lebih-lebih lagi bila suami dan anak-anak puji masakan kita, lagi semangatkan lepas ni nak mencuba lagi
Kalau buah sendiri banyak benda yang boleh kita ubah. Kalau anda tidak gemar manis akan boleh kurangkan sukatan gula. Terpulang pada selera anda. Rasanya sedap, dan cantik juga hidangan nya nak hidangkan pada tetamu pun lebih yakin.
Pada yang nak mula berjinak dalam bidang bakery boleh juba kek yang simple ini dulu. Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi anda manfaat dan boleh share juga resepi kek marble ini kepada kawan-kawan ada. Selamat mencuba!