Resepi Asam Laksa Ala Food Court Yang Padu Dan Sedap. Masam Manis Pedas Secukup Rasa, Patutlah Ramai Orang Suka!

0 574

Yang kita sedia maklum, laksa ni ada macam-macam cara dan rasanya berbeza mengikut negeri. Ikan yang digunakan pun juga berlainan. Namun masing-masing mempunyai keunikkan yang tersendiri. Tapi dalam banyak resepi laksa, pasti ramai yang suka asam laksa viral yang selalu ada di food court pasaraya.

Kuahnya memang sedap dan berperisa. Masam, manis dan pedas secukup rasa. Resepi asam laksa ni hanya menggunakan ikan sardin atau ada juga yang panggil ikan selayan. Isi ikan agak banyak dan manis memang sesuai untuk dijadikan kuah. Memang kecur liur lagi-lagi kuah dimasak pekat dan likat. Lagi lama kuah laksa dimasak dan kerap dipanaskan, lagi bertambah sedap.

Asam laksa dah cukup lengkap satu hidangan tak perlu dah nak tambahan lauk lain seperti udang, atau ayam. Laksa ni bila dimakan dengan kuahnya sahaja pun sedap dan padu. Cukup bahan-bahan kuah ikan sardin dan jika ingin tambah pun sesuai dimasukkan bebola ikan. Nak hidangan bersama telur rebus pun boleh.

Hidangan yang simple dan enak ni memang sesuai disajikan pada bila-bila masa yang anda suka. Tak kisah makan tengahari, petang atau malam. Kalau sekali kala dihidangkan menu begini pasti bertambah selera suami dan anak-anak dibuatnya.

Resepi ni dikongsikan oleh Cik Puan Noriza Awang Hamat. Terima kasih diucapakan kerana sudi berkongsi resepi yang simple dan sedap ni! Mudah je bahan-bahannya. Nak masak kuah laksa ni sekejap je. Kalau suka kuah yang pekat boleh letak banyak isi ikan.

 

RESEPI ASAM LAKSA

Asam laksa ni kalau tak masam, manis pedas tak sah tau. Wajib cukup rasa. Nak lagi sedap, anda boleh masukkan sepotong nenas yang masak ranum untuk rasa manis masam. Wah pasti anda dah tak sabar untuk mencubanyakan. Tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara buat asam laksa ni.

Bahan-bahan yang perlukan :   
  • 1 tin ikan sardine (ambil isi sahaja)
  • 1 peket pes asam pedas
  • Sedikit belacan (dibakar dahulu)
  • Bawang merah.
  • Lada kering (kalau taknak pedas tak perlu letak)
  • Bunga kantan
  • 1 keping nenas yg masak ranum
  • Daun kesum
  • Asam keping
  • Bebola ikan
  • Garam dan serbuk secukup rasa
CARA PENYEDIAAN ASAM LAKSA :

▶️ Kisar bawang merah, ada kering, belacang, dan ikan sardin. Ikan sardin kalau nak berketul-ketul boleh cincang sahaja.

▶️ Nenas boleh juga kalau nak kisar sekali. Tapi lagi sedap cincang sahaja.

▶️ Panaskan periuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, ikan sardin dan nenas.

▶️ Masukkan air ikut kepekatan kuah yang anda inginkan. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan juga asam keping.

▶️ Biarkan kuah menggelegak. Seterusnya masukkan bebola ikan, garam sedikit dan juga serbuk perasa.

▶️ Masak sehingga sebati dan pekat kuahnya. Dah siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Puding Buih Berkuah Kastard Yang Mudah Dan Sedap. Memang Syok Dimakan Sejuk-Sejuk!

 

Tada! Dah siap untuk menjamu selera! Nampak sungguh menarik dan sedap. Hidangkan bersama mee laksa dan juga ulaman seperti timun, bawang besar dan salad. Boleh juga hidangkan dengan telur rebus. Sebelum tu, mee laksa hendaklah direbus dahulu dah ditoskan airnya. Sedap betul jika dibuat hidangan minum petang atau juadah hujung minggu anda bersama keluarga tersayang.

Warna kuah juga yang bikin anda terliurkan? Kalau dah bosan asyik hidangkan menu yang sama. Sekali-sekala boleh cuba pula menu yang sedap dan enak ni. Kalau buat sendiri lagi berbaloi-baloi dan boleh makan puas-puas. Nak adjust rasa pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.

Kalau anda tiada kelapangan apa kata anda save dulu resepi yang dikongsikan ni. Senang nak buat rujukan dikemudian harinya. Semoga resepi asam laksa yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.