Resepi Nasi Goreng Kerabu Yang Padu. Aroma Dan Rasa Memang Memukau Selera!

0 1,051

Resepi nasi goreng kerabu ni inspirasi dari Thailand. Nasi goreng kerabu ni memang cukup dengan segala bahan dan banyak ulam-ulaman yang diletak. Aroma dari daun dan ulaman memang membangkitkan lagi selera ketika menikmati nasi goreng kerabu ni. Anda boleh cubanya dirumah nanti, pasti puas hati!

Sebenarnya ada pelbagai cara dan resepi untuk buat nasi goreng kerabu ni. Ianya bergantung kepada berapa jenis dan berapa banyak ulam-ulaman yang kita letak dalam nasi goreng tu. Lagi banyak ulamnya lagi sedap la nasi goreng kerabu tu nanti.

Nak lagi sedap boleh masukkan udang dan sotong sebagai lauk. Namun, udang dan sotong juga boleh digantikan atau ditambah dengan ayam atau daging. Terpulang pada selera anda. Bagi yang suka pedas boleh juga tambahkan cili padi semasa menumis bahan-bahan ataupun boleh tambahkan hirisan cili padi semasa menggoreng nasi kerabu ni.

Cara penyediaan resepi nasi goreng kerabu juga sangat mudah dan simple je. Tak perlu ada sukatan yang tepat untuk bahan-bahan nasi goreng kerabu ni. Nak letak berapa banyak yang kita suka. Nak pelbagai kan jenis sayur pun boleh. Tapi yang paling penting perlu ada serai dan juga bunga kantan yang dihiris halus supaya menambahkan lagi aroma dalam nasi goreng kerabu kita nanti.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah  ni sangat menarik dan sangat menyelerakan. Memang rugi lah kalau tak mencubanya. Bila buah sendiri dirumah boleh ubah mengikut citarasa sendiri. Silap-silap, kalah nasi goreng kerabu yang kat kedai tomyam tu.

 

RESEPI NASI GORENG KERABU

Apa-apa jenis nasi goreng memang sedap kalau gunakan nasi semalam atau nasi dah sejuk. Jangan guna nasi yang lembik baru lepas dimasak. Sebab nasi yang lembik ni tak sedap kalau buat nasi goreng. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resepi kali ni.

Bahan-bahan yang perlukan :   
  • 3 cawan nasi
  • Udang
  • 2 sudu besar ikan bilis (digoreng)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 batang cili hijau (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris)
  • 2 batang kacang panjang (dipotong)
  • 1 batang serai dihiris
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • 2-3 biji telur
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • 2-3 sudu besar sos ikan
  • Petai
  • Garam
  • Serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN NASI GORENG KERABU :

▶️ Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian pecahkan telur masak sehingga masak.

▶️ Minyak yang sama. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili hijau.

▶️ Kemudian masukkan udang, serbuk pada putih dan goreng sehingga masak.

▶️ Masukkan lada putih, bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai. Gaul rata.

▶️ Masukkan serbuk perasa, garam, nasi ikan bilis dan telur. Gaul rata.

▶️ Akhir sekali. Masukkan sos ikan dan goreng sehingga sedikit berasap.

▶️ Siap dihidang.
BACA JUGA: Resepi Ikan Bawal Stim Nenas Ala Thai. Confirm Sepinggan Nasi Tak Cukup Dibuatnya!

 

Wah! Tengok gambar dah nampak sedap. Nasi goreng ni kalau makan panas-panas memang menyelerakan. Hidangkan pula dengan telur mata dan sambal belacan. Macam makan kat kedai tomyam dah rasanya. Memang tak boleh bayang rasa dia sedap sangat.

Bagi yang penggemar ulam-ulaman memang sesuai untuk mencuba ni resepi. Pelbgai jenis ulaman yang digunakan untuk resepi kali ni. Rasa nasi goreng kerabu juga akan sama dengan nasi kerabu yang sangat popular di Pantai Timur tu. Rugi sangat kalau anda tidak mencubanya!

Hidangan yang simple ni juga sangat sesuai dihidangkan pada bila-bila yang anda mahu. Hidangkan pada keluarga anda pasti mereka suka. Kalau sekali sekala cuba resepi ni. Confirm mereka bertambah-tambah la dibuatnya. Semoga resepi nasi goreng kerabu ni memberi anda semua manfaat. Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.