Resepi Agar-Agar Neopolitan. Hidangan Pencuci Mulut Yang Simple Dan Sedap Dimakan Ketika Sejuk!
Agar-agar neopolitan sebenarnya agar-agar marble, tapi kebiasaanya agar-agar marble hanya berperisa coklat dan vanilla. Tapi Agar-Agar Neopolitan pelbagai warna dan berlapis-lapis nampak lagi menarik.
Agar-agar sedap dimakan ketika sejuk dan tidak kira masa. Cara masak agar-agar juga agak berbeza, ada yang letak susu, santan, tepung kastard dan juga kosong sahaja mengikut citarasa masing-masing.
Agar-agar sudah banyak divariasikan, kalau dulu hanya gar-agar kosong dan santan sahaja. Sekarang agar-agar telah dimodenkan ada yang berperisa strawberry, oreo dan macam-macam lagi.
Kalau pergi ke majlis-majlis mesti tuan rumah akan hidangkan agar-agar sebagai salah satu hidangan di majlis. Mana taknya, agar-agar ni kira hidangan yang senang dibuat dan ramai peminat.
Resepi agar-agar neopolita ini telah dikongsi oleh saudari Tengku Nilam Tengku Ibrahim, resepi yang sangat mudah dan pasti sangat sedap untuk pencuci mulut.
RESEPI AGAR-AGAR NEOPOLITAN
Untuk resepi agar-agar neopolitan ini dibuat secara berlayer-layer, tapi jika ibu-ibu tidak mahu boleh buat corak marble atau guna acuan yang bercorak untuk lebih cantik.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 paket agar-agar tali
- 1L air
- 1 1/2 cawan gula (resepi asal 2 cawan. Tp mcm manis sikit. 1setengah cawan ok)
- 2 biji telur
- 1 tin susu cair
- 1 penutup esen vanila
- 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
CARA-CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR NEOPOLITAN :
▶️ Masak agar-agar dan gula sampai semua larut
▶️ Sementara tu blend susu cair, telur dan esen vanila
▶️ Bila agar-agar dan gula dah larut masukkan susu+telur yg dah dblend tadi. Pastu masukkan tepung kastard . masak sampai mendidih. Sentiasa kacau.
▶️ Bahagikan kepada 3 bahagian ikut color kesukaan. Kemudian lapis satu-satu.
BACA JUGA: Resepi Laksa Johor. Hidangan Yang Sedap Dan Menyelerakan!
Bila dah siap, masukkan kedalam peti sejuk dan tunggu sehingga agar-agar sejuk baru boleh makan dengan nikmatnya! Memang agar-agar sedap dimakan bila sejuk sahaja.
Tak semua orang pandai menggunakan agar-agar tali, jadi ibu-ibu boleh tukarkan ke agar-agar serbuk yang lebih senang dan memudahkan. Cuma larut sahaja didalam air dan kacau.
Resepi agar-agar neopolitan boleh diolah lagi, ibu-ibu boleh letak oreo atau perisa kegemaran dan mengikut citarasa. Walaupun dah diolah tapi rasanya akan tetap sedap. Selamat mencuba!