Resepi Biskut Sarang Semut. Resepi Yang Mudah Dan Sedap Untuk Ibu-Ibu Yang Pertama Kali Ingin Mencuba!

0 1,174

Assalamualaikum ibu-ibu, masih bertenaga lagi untuk buat biskut raya? Kali ni kami nak shared satu resepi biskut yang sangat mudah dan bahan-bahannya juga tidak banyak iaitu Biskut Sarang Semut.

Biskut sarang semut salah satu biskut yang menggunakan bahan yang sedikit dan cara pembuatannya pun tidak begitu rumit. Mesti ramai antara ibu-ibu yang suka dengan biskut sarang semut ni kan?

Dalam resepi biskut sarang semut ini tidak menggunakan tepung gandum dan hanya menggunakan tepung kastard dan tepung jagung sahaja. Tapi hasilnya sangat lembut dan ranggup.

Resepi biskut sarang semut ini telah dikongsi oleh Ummi Hana, resepi ini telah digunakan setiap tahun untuk membuat biskut sarang semut setiap kali hari Raya.

Kalau tengok dari segi bahan-bahan tu dah tak terlalu banyak, mesti cara buat juga agak mudah untuk dibuat. Jika buat sendiri lebih jimat dari beli yang sudah siap, sebab biskut ini senang sangat untuk dibuat.

 

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

Untuk adunan biskut tak perlu menggunakan mixer, adunan tak perlu pukul terlalu kembang. Cuma gunakan senduk kayu sudah mencukupi.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 300g mentega
  • 100g gula kastor
  • 350g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Chocolate rice
  • Paper cup

CARA-CARA PENYEDIAAN BISKUT SARANG SEMUT :

▶️ Mula-mula, pukul mentega dan gula sehingga sebati dan masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.

▶️ Selepas itu, satukan tepung dan masukkan kedalam adunan mentega tadi. Tepung jangan masukkan semua sekali gus, simpan sedikit. Gaul Sehingga sebati.

▶️ Jika adunan lembik boleh masukan lebihan tepung tadi, jika adunan sudah tidak melekat ditangan biarkan tepung lebihan tadi.

▶️ Jika adunan terlalu keras boleh tambah mentega sesikit.

▶️ Kemudian, sagat atau tenyeh adunan kedalam bekas dan sudukan kedalam paper cup Dan hiaskan dengan coklat rice.

▶️ Bakar 180°c selama 15-20 minit, mengikut oven masing-masing.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Mangga Harum Manis. Puding Kayangan Yang Sedap Dimakan Ketika Sejuk!

 

Senang sangat buat biskut sarang semut ni, sekelip mata dah siap. Hasil pun sangat elok sekali. Biskut orang dulu-dulu memang sedap dan tak jemu dimakan walaupun setiap tahun buat biskut yang sama.

Tepung kastard akan menghasilkan warna adunan menjadi kuning, jadi dah tak perlu nak tambah pewarna dalam adunan biskut dah.

Ada ke biskut sarang semut perisa coklat ye? Kalau dah buat sendiri mesti berani nak variasikan biskut yang kita buat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.