Resepi Siakap Steam Alai Thai. Menu Diet Yang Paling Sedap Anda Wajib Cuba!
Masak apa tue? Hari ini apa kata cuba satu resepi yang sesuai untuk yang tengah diet atau menu yang sering kita order bila makan di restoren iaitu resepi siakap steam alai thai. Resepi ikan siakap ini berasal dari negara jiran iaitu Thai. Kalau penggemar masakan thai confirm suka resepi ini.
Antara ikan yang mudah sangat nak di warnakan dengan pelbagai menu masakan adalah ikan siakap. Masaklah apa sahaja, pasti menjadi dan sedap kena dengan rasanya. Kebiasaaan ikan siakap dimasak tiga rasa, siakap bakar, siakap steam dan bagai-bagai bagi. Ikan siakap ni murah je, senang dimasak dan banyak isi nya.
Ada sesetengah pasaraya menjual ikan siakap ni ikut harga seekor. Bergantung pada saizlah ikan siakap, tapi tak lah mahal, masih mampu beli dan proses nak masak dan siang pun mudah. Kalau kita selalunya akan minta penjual tolong siang dan terus potong keping, tapi ikutlah pada apa yang akan kita masak nanti sama ada nak potong keping atau biar sekor-sekor dalam hidangan.
Cara penyediaan nak masak ikan siakap ni pun sangat mudah tau, bahan-bahan yang digunakan mudah je, pertama bersihkan ikan dan steam kemudian potong je kesemua bahan dan seterusnya kita sediakan kuah cili untuk dituang keatas ikan. Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuahnya. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.
Disebabkan cara penyediaan yang mudah dan simple, apa kata anda follow resepi yang dikongsikan oleh pengguna facebook iaitu Zurina Zulkefli. Terima kasih juga berkongsi resepi. Bila buat sendiri lagi puaskan makan. Tak rugi cuba tau!
RESEPI SIAKAP STEAM ALAI THAI
Nak masak resepi ni sangat mudah je, macam mana nak tau ikan siakap kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak. Tanpa membuang apa kata ada tengok bahan-bahan diperlukan dan cara penyediaan ikan siakap ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Seekor ikan siakap
- 2 biji limau nipis
- 1 batang serai
- 5 hirisan halia
- 3 tangkai cili kecik merah
- 3 tangkai cili kecik hijau
- 5 ulas bawang putih
- 1 batang daun ketumbar
- Setengah kiub pati ayam
- Sos ikan
CARA PENYEDIAAN SIAKAP STEAM ALAI THAI :
▶️ Pertama sekali, cara kukus ikan. Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya. Masukkan halia dan serai ke dalam ikan.
▶️ Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir. Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
▶️ Kemudian cara masak kuah stim, cincang bawang putih secara kasar. Gorengkan bawang putih dalam kuali sehingga warna keemasan dan kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim.
▶️ Padamkan api, kemudian masukkan sedikit air suam, kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
▶️ Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar. Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Rahsia Buat Bihun Sup Tumis Darat Yang Padu Dan Marvelous. Makan Dengan Cili Kicap Memang Terangkatlah Dibuatnya!
Tada! bila dan siap macam ini, rasa tak sabar nak makan. Tapi kalau ada rasa tak kena dengan masakan ini jangan risau, kalau kurang masim tambah sos ikan, kalau kurang manis tambah sedikit parutan gula melaka. Wah! senangkan nak ubah masakan ini.
Senang tak nak buat ikan siakap stim ni? Tak susuhkan! Yang penting rasa dia memang super. Menu ini kalau makan dengan nasi putih pun dah sedap tapi kalau nak tambah menu extra seperti tomyam dan telur dadar confirm boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Menu yang ringkas ini boleh dihidangan pada bila-bila masa tidak kiralah untuk makan tengahari ataupun makan malam. Semoga pengkongsian cara penyediakan resepi siakap steam ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!