Cara Mudah Masak Bakso Dan Sambal Kicap. Sedap Dimakan Sehingga Menghirup Kuah!
Bakso merupakan makanan Indonesia yang sangat femes di Malaysia. Sampaikan dah boleh cari dikedai-kedai mee sup. Resepi Bakso kali ini sangat mudah, jika ada lebihan daging atau tulang lembu boleh ibu-ibu cuba masak bakso.
Tak hairanlah ramai yang suka makan bakso, rasanya sedap berbeza dengan mee sup yang pernah kita makan. Bakso ialah bebola daging yang dimasak dengan sup dan dimakan dengan mee atau bihun.
Berbezanya bakso dan mee sup ialah bebola dagingnya, biasa kita mee sup akan dihidangkan dengan hirisan daging atau ayam, tetapi bakso dihidangkan dengan bebola daging.
Kalau pergi ke Indonesia pelbagai jenis bakso yang kita boleh dapat seperti bakso beranak, bakso telur, bakso cheese dan banyak lagi.
Resepi bakso dari perkongsian Liana Ana sangat sedap dan mudah untuk ibu-ibu yang ingin cuba buat dirumah. Jika buat sendiri bahan-bahan dan perencah pasti mewah sekali, yelah untuk makan sendiri jangan kedekut.
RESEPI BAKSO DAN SAMBAL KICAP
Bakso lagi sedap kalau dimakan dengan sambal kicap dan sos cili dari Indonesia. Katanya sos dari Indonesia rasanya sangat berbeza dengan tempat kita.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1biji bwang besar*
- 2ulas bwang putih*
- 1inci halia*
- 3sekawan
- Sup bunjut(xnk bubuh pun xpa)
- 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
- Daging dan tulang lembu
- Bebola daging bakso
CARA PENYEDIAAN SUP BAKSO:
▶️ Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga lumat.
▶️ Selepas itu, panaskan minyak dalam 2 atau 3 sudu besar.
▶️ Tumis kesemua bahan kisar dan masukkan 3 sekawan sehingga naik bau.
▶️ Seterusnya masukkan sup bunjut, dan tumis sehingga pecah minyak.
▶️ Apabila bahan tumis dah naik baud an pecah minyak, masukkan daging lembu, tulang, air dan lada hitam.
▶️ Masak sehingga daging empuk.
▶️ Akhir sekali, masukkan bebola bakso apabila daging sudah empuk dan masak sehingga 20 minit.
▶️ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Bahan-bahan Sambal kicap:
- 1biji bwang besar*
- 2ulas bwang putih*
- Cili api(saya guna cili siam)*
- Kicap manis
- Kicap pekat
- Gula
- Garam
- Secukup rasa
CARA-CARA MASAK SAMBAL KICAP :
▶️ Goreng bahan yang bertanda * sehingga layu.
▶️ Selepas itu, masukkan kedalam blender bahan kisar tadi dan semua bahan yang lain. Kisar sehingga hancur.
▶️ Kemudian, tumis bahan kisar dengan minyak 1 sudu besar sehingga pekat.
▶️ Dah pekat, sambal kicap siap. Perah sedikit limau dan kacau sebati.
Bahan-bahan lain :
- Mee/bihun dicelur
- Sos cili
- Tauge
- Kobis
- Daun sup/bawang
- Limau (klau suka kuah masam)
BACA JUGA : Resepi Char Kuey Teow Sedap. Resepi Yang Mudah Dan Senang Untuk Dibuat!
Bakso siap dihidangkan! Nampak sedapkan bakso ni, makan petang-petang dengan teh ais ni memang layan. Tambahan pula bila bakso buat sendiri jadi bahan-bahan yang digunakan cukup mewah dan secukup rasa.
Kalau makan bakso kena pedas-pedas baru rasanya lagi terangkat. Orang Indonesia sambalnya cukup pedas, tapi untuk citarasa orang kita pedas yang biasa-biasa sudah cukup.
Ibu-ibu mesti dah tak sabar nak cuba masak bakso, selain dari hidangan harian bakso juga boleh dijadikan hidangan pada hari raya. Selamat mencuba ibu-ibu!