Resepi Ikan Percik Yang Simple Dan Mudah. Salutan Kuah Percik Yang Paling Padu Dan Lazat!
Masakan percik juga merupakan antara menu yang disukai setiap orang. Selalunya hanya makan ayam percik je kan. Apa kata kali ni kita cuba resepi ikan percik pula. Rasa isi ikan percik ni memang lain dari ayam. Isinya yang lembut, lepas tu dibakar dan disalutkan dengan kuah percik yang padu memang terangkat.
Hidangan ni kalau dihidangkan pada keluarga pasti mereka suka. Rasanya juga tidak mengecawakan. Rahsia kesedapan ikan percik ni ditentukan oleh kuahnya. Kuahnya mestilah secukup rasa masam, manis dan sedikit pedas. Malah rasa lemak berkrim juga menjadikan resepi ni bertambah padu.
Cara penyediaan resepi ikan percik ni sangat mudah dan simple. Malah bahan yang digunakan pun tidak renyah. Hanya menggunakan 5 bahan sahaja untuk menghasilkan kuah percik dan sedap. Kuah percik ni kalau nak makan dengan ayam, daging sotong pun sedap. Secukup rasa.
Resepi dari Afy AL Habibi ni memang tak pernah tak menjadi. Tiap kali berkongsi resepi, semua padu rasannya. Resepi tradisi ibu beliau yang sangat sedap dan rugi kalau tak cuba. Katanya juga jangan pandang sepi resepi kuah percik dan ikanya. Gabungan rasa kedua-duanya memang padu yang akan membuatkan anda makan sampai bertambah.
Kiranya kalau nak masak tu, pastikan kuah percik ni salut habis pada ikan dan meresap sepenuhnya kedalam isi. Caranya ialah bakar sekali kuah bersama ikan. Dan pastikan kuah melekat lebih tebal. Mudahkan! Rasanya pun tak payah cerita lah. Memang layan habis.
RESEPI IKAN PERCIK YANG SIMPLE DAN MUDAH
Nak lagi sedap kuah percik ni kena pekat dan likat. Dan ianya mudah bersalut dengan ikan semasa bakar. Dalam resepi ni gunakan ikan kembung cukup sedap. Isinya manis dan tebal, sesuai dibuat ikan bakar. Tapi kalau nak gunakan ikan lain pun tak menjadi masalah. Bergantung pada selera anda.
Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan perapan ikan :
- 5 ekor ikan kembung (basuh bersih dankelar ikan)
- 2 batang serai (dihiris)
- 5 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 1/2 inci kunyit hidup (dihiris)
Bahan percik :
- 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 hiris nipis halia
- Secubit belacan
- 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Bahan lain:
- 6 senduk santan segera
- 1 1/2 sudu besar cili kisar
- 1 hiris limau nipis
- Gula
- Garam
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN IKAN PERCIK YANG SIMPLE DAN MUDAH :
▶️ Masukkan bahan-bahan tadi kedalam pengisar bersama 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil sebuk perasa hilal. Kisarkan sehingga lumat.
▶️ Lumurkan bahan kisar ni pada ikan sekata. Dan perap selama 20 minit.
▶️ Kemudian kisar bahan percik sehingga lumat. Lepas tu masukkan ke dalam periuk. Masukkan sekali santan segera dan satu senduk air.
▶️ Masukkan cili kisar. Kacau sebati.
▶️ Letakkan periuk atas api yang perlahan. Perahkan sehiris limau nipis. Masukkan garam, gula dan perencah hilal. Kuantitinya terpulang pada citarasa anda. Nak selamat masukkan sikit demi sedikit kemudian rasa.
▶️ Lepas tu kacau kauh dengan api sederhana besar.
▶️ Bila kuah dah mendidih, boleh padamkan api. Dah siap percik super lazat ni.
Cara buat ikan percik :
▶️ Mula-mula bakar ikan yang dah diperap tadi atas bara api.
▶️ Bakar tak perlu sampai ikan garing atau kering. Biarkan lembab-lembab sikit supaya juicy.
▶️ Lepas tu angkat sekejap pemanggang ikan tadi. Kemudian lapikkan pinggan dibawahnya.
▶️ Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang. Letak semula pemanggan ikan atas bara api untuk seketika.
▶️ Balik-balikan ikan tu atas bawah. Proses salutan dan bakar ni ulang 2 kali untuk hasil kuah yang lebih tebal melekat pada ikan.
▶️ Siap!
BACA JUGA: Resepi Pasta Tuna Bakar Cheese Leleh Yang Padu Dan Marvelous. Mudah Je Nak Buat!
Wah! Pasti anda pun tak sabar nak mencubanya. Makan dengan nasi panas-panas memang syok. Anda juga boleh buat kuah ni banyak-banyak tau. Boleh je simpan stock dalam peti dan jadikan pes. Sebenarnya bakar ikan atas arang ni lagi padu rasanya. Bau aroma cukup menyelerakan!
Selain makan dengan nasi putih nak ratah macam tu je pun cukup menyelerakan. Hidangan dengan ni lagi sedap kalau makan dengan ulam-ulama kampung. Memang bertambah-tambah nasi dibuatnya. Tak perlukan makan dikedai, makan dirumah pun dah cukup istimewa.
Serius akan anda tidak akan menyesalkan mencuba resepi ni. Memang terlajak sedap dan padu. Boleh cubanya hujung minggu nanti. Semoga dengan perkongsian resepi ikan percik dapat memberi anda manfaat. Dan share resepi ni supaya orang lain pun boleh mencubanya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!