Resepi Biskut Perigi Coklat Yang Ranggup Dan Sedap. Flow Step By Step Ni Mesti Menjadi!
Tak syoklah kalau raya tanpa biskut raya kan? Biskut raya kira wajib ada tiap kali raya, tak kesahlah biskut traditional atau moden mesti kena ada dalam bekas kuih raya. Resepi Biskut Perigi Coklat kali ini cukup senang untuk dibuat dan yang pasti sangat ranggup.
Biskut perigi coklat dah macam biskut double coklat, sebab aduanan biskut dah diletakkan serbuk coklat dan ditengah-tengah pula akan diletakkan coklat spread dah ala-ala nutella pod pun ada.
Mesti ramai yang sukakan biskut yang ada coklat ni, yelah biskut yang berperisa coklat dah pasti sedap sebab semua orang tahu kesedapan coklat tu macam mana.
Kalau tengok dari segi rupa macam biasa-biasa je biskut ni, tapi bila makan sangat ranggup dan cair dimulut. Ditambah lagi rasa kesedapan coklat spread ditengah-tengah biskut tu.
Resepi biskut perigi coklat telah dikongsi oleh Syahirah Mohamad, resepi biskut yang mudah untuk dibuat dan sedap rasanya.
RESEPI BISKUT PERIGI COKLAT
Coklat spread yang diletakkan ditengah-tengah coklat boleh ditukar kepada nutella, pasti rasanya akan lagi sedap dah macam nutella pod yang sedap tu.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 120 gram gula icing
- 500 gram butter / majerin
- 4 cawan gandum
- 1/2cawan tepung custard
- 2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan serbuk coklat
- Coklat spread
CARA-CARA PENYEDIAAN BISKUT PERIGI COKLAT :
▶️ Mula-mula, masukkan butter dan gula icing. Kacau sehingga sebati.
▶️ Seterusnya masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung dan serbuk coklat berselang seli sehingga menjadi adunan yang sebati.
▶️ Selepas dah jadikan adunan, ambil sedikit dan rollkan dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
▶️ Susun semua doh diatas baking tray, dan tekan dengan hujung senduk kayu supaya menjadi bentuk bulat ditengah-tengah biskut.
▶️ Kemudian, isikan coklat spread ke dalam piping bag.
▶️ Kawasan yang berlubang diisikan dengan coklat spread. Tekan sebanyak mana yang diingini.
▶️ Bakar mengikut kesesuaian oven masing-masing.
BACA JUGA :Cara Mudah Masak Bakso Dan Sambal Kicap. Sedap Dimakan Sehingga Menghirup Kuah!
Dah siap! Senangkan resepi biskut perigi coklat ni. Masa bakar dah bau semerbak coklat dalam rumah, rasa tak sabar nak ngap je. Dah siap sejukkan biskut bolehlah susun dalam balang cantik-cantik.
Kalau ibu-ibu nak rasa biskut tu lagi crunchy boleh lah masukkan sedikit biskut oreo hancur dalam adunan, pasti lagi sedap rasanya. bagi untuk tidak nampak terlalu plain ibu-ibu bolehlah tabur kacang almond hancur atau hias dengan coklat rice diatas coklat.
Satu lagi resepi biskut yang senang untuk ibu-ibu buat, rasanya pun sedap. Buat biskut perigi coklat ni untuk makan raya mesti laju je licin. Selamat mencuba!