Resepi Kek Prune Super Moist. Dengan Rasa Masam Manis Prune Yang Sangat Sedap!

0 5,117

Kek prune ni jarang-jarang dapat jumpa, biasanya kek carot, kek Oren, dan kek buah je. Kali ni lain sikit kita cuba Resepi Kek Prune yang super sedap ini.

Ada ke yang tak pernah rasa prune ni. Mesti ada yang tertanya-tanya mana nak cari prune ni. Ibu-ibu boleh guna prune yang sunsweet tu, banyak dijual di pasar raya. Rasanya yang masam-masam manis memang sedap sangat.

Untuk membuat kek prune tidak terlalu rumit,  seperti membuat kek butter cuma ditambah prune sahaja dan jadilah kek prune. Sekali-sekala buat kek yang jarang-jarang orang buat sedap juga, sebab bukan selalu dapat makan.

Kek prune rasanya macam kek buah cuma bahan je tidak terlalu banyak macam kek buah. Kalau nak buat kek buah yang paling senang dan bahan tak banyak boleh Cuba buat kek prune ni.

Resepi kek prune yang super moist ni telah dikongsi oleh Min Meena Manjalara. Bila hujung minggu boleh cuba buat, lagi pun resepi kek prune mudah sangat untuk dibuat.

 

RESEPI KEK PRUNE

Banyak yang buah prune ni sedap dibuat kek, kalau ibu-ibu rasa nak tambah buah yang lain dalam kek ini pun boleh juga.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 cawan prune
  • 2 cawan tepung gandum biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh baking soda
  • ¾ cawan mentega bergaram (170 gm)
  • ¾ cawan gula halus
  • 3 biji telur, saiz besar
  • 2 sudu teh vanilla esen
  • ½ cawan yogurt asli

CARA-CARA PENYEDIAAN KEK PRUNE :

▶️ Rendamkan prune dalam air panas selama 20 minit, kemudian potong kasar.

▶️ Selepas itu, tepung gandum diayak bersama baking powder dan baking soda.

▶️ Dalam bekas lain, campurkan mentega dan gula. Pusing kelajuan sederhana selama 5 minit.

▶️ Kemudian, masukkan telur satu per satu dan esen vanila.

▶️ Tambah tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dengan yogurt.

▶️ Akhir sekali, masukkan prune didalam adunan kek atau boleh susun diatas adunan kek sebelum dibakar.

▶️ Gunakan loyang 8 atau 9 inci untuk adunan kek prune.

▶️ Bakar selama 50 minit dengan 180°c.

 

BACA JUGA : Resepi Korma Daging. Hidangan Kenduri Yang Sedap Dan Mudah Dimasak!

 

Senangkan nak buat kek prune, tak perlu renyah-renyah. Kek pun sedap dengan rasa masam-masam manis buah prune dan sangat moist. Makan sambil minum teh petang-petang ni memang lagi sedap.

Adunan kek ni agak banyak sebab kena guna loyang 8 dan 9 inci. Jadi boleh kongsi sedikit dengan jiran-jiran.

Resepi kek prune yang sangat mudah dan sedap ini boleh dijadikan rujukan, boleh guna bila ada majlis makan-makan nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.