Resepi Boko Ubi Lemak-Lemak Manis Memang Sedap. Sesuai Untuk Santapan Minum Petang Anda!
Petang petang kalau di kampung, sambil duduk di halaman rumah. Sedap juga dapat makan bako ubi kan. Biasanya kalau rasa nak makan, dekat kampung seronok lah. Dengan sepoi-sepoi angin kampung. Untuk mengimbau kenangan apa kata hari ni kita cuba resepi boko ubi yang sedap dan lembut ini. Pasti anda sukakannya!
Kuih bako ubi ni rasanya lebih kurang kuih talam ubi. Cuma ia lebih lembut dan perlu dimakan dengan sudu. Kerana biasanya bako ini dimasukkan ke dalam bekas dan baru dicurahkan kuah santan keatasnya. Berlainan dengan talam ubi yang boleh dipotong. Tapi rasa seakan sama.
Dan ramai yang dah komersilkan untuk jual boko ubi ni. Mereka menjual dalam bekas macam kek moist yang selalu kita makan. Memang kuih ni akan laku keras lebih-lebih lagi jualan pada bulan ramadhan. Rasa yang lemak-lemak santan dan manis ubi bersama gula melaka memang menarik minat untuk makannya.
Cara penyedian kuih bako ubi ini juga senang. Bahan yang digunakan pun tidak renyah. Kalau anda nak buat untuk makan sendiri lebih sedap jika sukatan santan lebih banyak. Namun untuk yang berniaga terpulang pada resepi anda. Bagi yang buat dalam loyang boleh kurangkan santan tu kepada ½ aduanan.
Memandang cara penyediaan resepi boko ubi ini mudah dan sangat sedap. Apa kata anda follow perkongsian resepi daripada sahabat facebook iaitu Cik Puan Ariana Sofia Ahmad. Resepi ini betul-betul membantu yang baru nak belajar masak boko ubi ini. Dapat pula resepi warisan dari kampung! Pasti eummph lah rasanya.
RESEPI BOKO UBI
Untuk buat kuih boko ni, ianya memerlukan dua lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan atas terdiri dari santan dan lapisan bawah ubi bersama gula melaka. Wah pasti sedapkan! Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi bako ubi ini.
Bahan-bahan yang perlukan :
Bahan lapisan atas :
- 5 cawan santan pekat (500ml santan kara + 500ml air)
- 1 sudu gula biasa
- 2 sudu garam
- 3 sudu besar tepung beras
Bahan lapisan bawah :
- 5 cawan @ 500g ubi kayu(yang telah diparut)
- 4 cawan gula merah
- 1 sudu besar gula biasa (boleh tambah lagi jika suka manis)
- 3 helai daun pandan
- 4 cawan air
CARA PENYEDIAAN BOKO UBI :
▶️ Mula-mula masak dulu air gula merah. Masukkan air, daun pandan, gula merah dan gula biasa. Kacau sehingga gula hancur dan sebati. Tutup api dan biarkan sejuk dulu.
▶️ Sementara tunggu air gula merah sejuk. Parut ubi kayu dahulu.
▶️ Parut halus-halus macam ni. Cantikkan hasilnya.
▶️ Lepas dah parut, perah air ubi kayu menggunakan tangan. Ianya bertujuan supaya ubi tak rasa pahit.
▶️ Masukkan ubi kayu kedalam mangkuk. Tapis gula merah yang telah sejuk tadi. Kacau sehingga sebati.
▶️ Letak adunan 1/2 daripada bekas. Ratakan ubi kayu dalam bekas supaya sekata.
▶️ Tutup bekas dengan penutup. Dan kukus selama 25-30 minit.
▶️ Bila dah masak sejukkan dulu.
▶️ Sementara tunggu kuih sejuk, buat lapisan atas pulak. Masukkan santan, gula, garam dan tepung beras.
▶️ Kacau sehingga adunan sebati dan sedikit pekat.
▶️ Tapis adunan putih ke dalam bekas dan kukus selama 5-10 minit. Sekiranya taknak kukus semula, boleh masak adunan sehingga pekat. Jika suka cair, tak perlu kukus jugak.
▶️ Dah sejuk. Siap untuk sajikan.
BACA JUGA: Resepi Mee Goreng Mamak Yang Simple Dan Padu. Sepinggan Tak Cukup Dibuatkan!
Wah dah siap! Senang nak sediakan resepi boko ubi ini. Kuih boko ini sesuai dihidangan untuk minum petang bersama keluarga. Makan boko ubi suam-suam memang sedap hidang pula bersama teh o suam memang terangkat lah.
Selain dimakan bersama keluarga kuih boko ubi juga boleh dibuat berniaga. Pasti ramai yang menyukainya. Boleh tambah pendapatan sampingan nanti. Rasa lemak-lemak santan dan manis-manis lemak ubi memang antara kombinasi kuih yang sedap.
Kepada yang nak belajar buat resepi boko ini boleh follow resepi yang dikongsikan ini. Semoga dengan dengan perkongsian resepi boko ubi ini memberi anda manfaat. Anda juga boleh share resepi ini supaya ramai juga yang mendapat manfaat yang sama. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.