Jom Buat Bakar-Bakar Dengan Crab Stick, Sosej Dan Macam-Masam Lagi. Cicah Dengan Sos Cili Padi Thai Memang Padu!

0 912

Hujung minggu ada je plan dengan anak-anak kan! Tu je lah masa mak ayah nak luangkan masa dengan anak-anak. Bestnya kalau buat projek bakar-bakar dengan anak-anak. Pasti mereka suka. Pelbagai pilihan frozen food yang boleh didapati dikedai. Seperti sosej, crab stick, hotdog dan macam-macam lagi. Tapi hidangan ni tidak akan lengkap tanpa sos cili padi thai. Kalau makan dengan sos cili ni pasti terangkat!

Kalau makan dengan sos cili padi Thai ni. Anda dua pilihan sama ada nak cicah ataupun nak curahkan terus keatas process food tadi. Tapi kalau anda takut anak-anak pedas boleh dicicah saje. Yang pastinya kalau buat sendiri di rumah anda boleh adjust tahap kepedasan sos ni.

Namun, ianya juga bergantung macam mana anda suka. Kacau suka pedas, boleh curahkan je terus sos cili thai tu. Walaupun hidangan ni simple. Pasti anak-anak akan teruja. Lagi-lagi part bakar. Bila makan panas-panas memang layan ditambah pula dengan sos cili yang padu tu.

Sebenarnya cara penyediaan sos cili pada thai ni sangat simple dan mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja yang mungkin ada di dapur anda sahaja. Sos ni juga selain dimakan dengan process food. Ianya juga sedap dicicah dengan sotong bakar, udang bakar, kerang bakar dan macam-macam lagi.

Resepi yang dikongsikan oleh En Wan Muhammad Hafiz Satar. Antara resepi yang simple dan sedap. Lepas ni kalau nak makan bakar-bakar tak perlu beli dah sos. Boleh je buat tak rumah nanti. Rasanya juga anda boleh ajust mengikut citasa masing-masing.

 

RESEPI SOS CILI PADI THAI

Kalau menu thai ni, biasanya sinomim dengan rasa masam, masim, manis dan pedas. Yang pastinya secukup rasa. Selain tu, taburan daun ketumbar juga memainkan peranan bagi menyedapkan lagi rasa sos tersebut. Malah jika buat sendiri tanpa kepedasan juga anda boleh ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 1 genggam cili padi merah & hijau (dikisar)
  • 4 biji cili merah (dikisar)
  • 6-8 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu teh garam
  • 10-15 biji cili padi merah & hijau
  • 1 cawan cuka
  • Gula secukup rasa
  • 1 sudu makan tepung ubi (bancuh dulu dgn sedikit air)

CARA PENYEDIAAN SOS CILI PADI THAI : 

▶️ Kisarkan bahan yang perlu dikisar seperti cili dan  bawang. Kisar sehingga lumat.

▶️ Masukkan bahan kisar dan kesemua bahan lain dala periuk. Nak guna pan boleh.

▶️ Kacau dan masak sampai gula larut dan likat. Gunakan api sederhana saja.

▶️ Bila dah siap, taburkan daun ketumbar yang telah dihiris.

▶️ Dan sedia untuk dihidangkan. Boleh start membakar sosej bersama keluarga.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Lompang Lesung Pipit Yang Sungguh Lembut Dan Lemak Manis. Sangat Mudah, Guna Sukatan Cawan Je!

 

Wah! siap. Pasti suka anak-anak menu ni. Rasa masam, manis dan pedas memang padu habis bila dihidangkan bersama process food tadi. Padahal simple je bahan-bahannya. Kadang-kadang mak ayah pening tak tahu nak buat apa dengan anak-anak. Lepas ni boleh lah buat project makan-makan ni lagi.

Kalau nak baut simple-simple je, bakar je process food. Tapi jangan selalu-selalu. Walaupaun hidangan ni sangat sedap dan anak-anak suka. Makan sebegini tidak elok untuk kesihatan mereka. Tapi sekali-sekala tu tukarkan pada seafood seperti udang, ayam, sotong dan macam-macam lagi.

Semoga dengan perkongsian resepi sos padi thai yang paling simple ni dapat memberikan anda manfaat. Save dulu resepi ni dekat wall anda. Dan boleh share pada rakan-rakan akan supaya sama-sama dapat berkongsi resepi ni. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.