Resepi Cucur Jawa. Cucur Traditional Yang Lemak Manis Dan Enak Dimakan Ketika Sarapan!
Cucur jawa merupakan salah satu kuih traditional yang menggunakan teknik mengoreng dengan minyak. Resepi Cucur Jawa sedap dimakan sangat mudah untuk dibuat sendiri.
Kebiasaan kuih traditional banyak dimasak dengan menggunakan teknik mengukus, tapi lain pula dengan cucur jawa ni menggunakan teknik mengoreng untuk mendapatkan tekstur garing dibahagian tepi kuih.
Cucur jawa ada dua versi iaitu yang menggunakan gula melaka dan gula putih. Jadi bila menggunakan gula melaka cucur jawa akan bewarna coklat mengikut warna gula melaka, dan bila menggunakan gula putih akan menghasilkan cucur jawa warna putih.
Cucur jawa bila digoreng akan mengelembung ditengah dan garing di bahagian tepi kuih. Rasa lemak manis cucur jawa sangat sedap dimakan walaupun sudah sejuk.
Resepi cucur jawa ini sangat sedap dengan rasa lemak manisnya telah dikongsi oleh Fazilah Anum Muhd Zamani. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cucur jawa yang sedap ini.
RESEPI CUCUR JAWA
Cucur jawa atau dikenali juga dengan nama kuih topi di kelantan sangat sedap bila dimakan, setiap gigitan akan rasa kelembutan cucur jawa dengan rasa lemak manisnya.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan gula merah
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan air suam
CARA-CARA PENYEDIAAN CUCUR JAWA
▶️ Mula-mula campur air, gula, gula merah dan garam. Kacau sampai larut.
▶️ Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau jangan bagi beketul atau boleh guna blender.
▶️ Kemudian, perap dalam 3-4 jam dan goreng didalam kuali berlekuk.
▶️ Minyak jangan terlalu panas semasa mengoreng nanti.
▶️ Tuang adunan satu senduk di tengah-tengah minyak dan tunggu sekejap sehingga mengelembung baru ditebalikkan.
BACA JUGA : Resepi Puding Buah Naga. Hidangan Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Dengan Menggunakan Buah-Buahan Segar!
Cucur jawa ni sangat sedap, budak-budak memang suka makan cucur jawa. Rasa yang lemak manis memang disukai ramai. Kalau dapat makan bahagian yang garing dibahagian tepi memang sedap betul.
Cucur jawa agak berminyak sedikit disebabkan goreng dengan api sederhana sahaja. Tapi hasilnya sangat sedap sekali.
Resepi cucur jawa ni sangat mudah dan bahan-bahan pun tidak banyak, jadi senang untuk ibu-ibu cuba buat dirumah. Boleh buat makan petang nanti. Selamat mencuba!