Resepi Pumpkin Buo Loy Yang Pasti Akan Jatuh Cinta Dengan Rupanya, Rasa Lemak Manis Yang Menyelerakan!

0 608

Pengemar labu pasti suka dengan resepi yang kami akan kongsikan kali ini, resepi kali ini menggunakan labu sebagai bahan utama iaitu Resepi Pumpkin Bua Loy atau Bubur Labu Viral dengan kecomelan buah labu kecil-kecilnya.

Makan bubur ni sedap, tambahan lagi bila waktu petang sambil menghirup secawan teh o panas digadingkan pula dengan bubur. Kalau nak buat bubur bahan utamanya perlu ada ialah santan, tak jadi bubur jika tak ada rasa lemak dari santan.

Pumpkin bua loy ni merupakan hidangan dari thailand, kalau biasa pergi thailand pasti pernah tengok kuih-kuih mereka dibentuk dengan cantik dan comel sekali yang menyerupai buah-buahan atau sayur. Tapi untuk bubur viral ini isi buah labu dibentuk menjadi buah labu yang saiznya comel-comel!

Kalau tengok bubur ni pasti sayang nak makan, sebab comel sangat. Nak buat pun kena ada kerajinan yang tinggi sebab nak bentukkan buah labu dengan saiz yang comel dengan kuantiti yang banyak perlu banyak kesabaran.

Nak makan sekejap je, tapi nak buat memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan buah labu tersebut. Tapi bagi mereka yang rajin, dapat siapkan bubur ini adalah satu kepuasan bagi mereka. Resepi bubur viral ini telah dikongsi oleh Noor Hayati.

 

RESEPI PUMPKIN BUO LOY

Nak buang kulit labu memang susah, sebab kulitnya agak keras. Tapi kalau dah rajin boleh sahaja buang dulu kulitnya sebelum direbus atau dikukus labu tersebut. Bagi memudahkan basuh sahaja labu tersebut dan kukus bersama kulitnya, bila sudah empuk boleh terus korek untuk keluarkan isi labu tersebut.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 1/2 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
  • 3 cawan tepung pulut (boleh campur sedikit tepung gandum daripadanya jika tak nak liat)
  • Pewarna oren dan hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula atau ikut suka manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Sedikit sagu yang telah dimasak
  • 2 ketul gula kabung. Gula pasir kurangkan.

 

CARA-CARA PENYEDIAAN PUMPKIN BUO LOY

▶️ Satukan labu dan tepung pulut. Gaul hingga jadi doh. Asingkan dalam 2 sudu besar dan campur dengan pewarna hijau untuk dijadikan tangkai labu. Doh selebihnya campur dengan pewarna oren.

▶️ Selepas itu, ambik sedikit doh oren, gentel bulat. Tekan dan gariskan dari atas ke bawah dengan pencungkil gigi untuk buat corak labu. Buat lubang di tengah-tengahnya.

▶️ Kemudian, ambil doh hijau dan gentel panjang. Cucuk pada lubang tadi dan kemaskan. Buat sampai habis adunan.

▶️ Dalam periuk, didihkn air dan masukkan bebola labu. Bila ia dah timbul, angkat dan toskan. Masukkan ke dalam air sejuk supaya ia tak melekat antara satu sama lain.

▶️ Masak santan bersama air, gula, garam dan daun pandan. Bila dah hampir mendidih, masukkan bebola labu & sagu. Kacau rata. Siap

 

BACA JUGA : Resepi Mee Bandung Tulang Yang Menyelerakan, Makan Semangkuk Pun Tidak Cukup Sehingga Hirup Kuah Sampai Licin!

 

Satu kepuasan bila dapat siapkan bubu viral ini, tengoklah hasilnya yang comel samapi rasa sayang nak makan. Kalau letak ais ni dah macam makan cendol perisa labu dah. Rasa yang lemak manis dari santan dan gula kabung memang menaikan lagi kesedapan bubur labu ini.

Tak salah sekali sekala kalau nak buat kelainan dengan pelbagaikan rupa bubur yang kita nak makan, kadang-kadang ini satu terapi minda jugak bagi ibu-ibu yang ingin menjamu keluarga mereka dengan hidangan yang sedap dan cantik.

Cara untuk membuat pumpkin buo loy sangat senang, cuma perlukan kerajianan sedikit untuk siapkan labu-labu tersebut. Kalau agak malas boleh sahaja buat bentuk bebola atau apa-apa bentuk asalkan yang dibuat sedap dimakan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.