Cara Buat Sendiri Resepi Burger Prosperity Ala Mcd Yang Mudah. Tapi Hasilnya Pasti Anda Tak Percaya!

0 598

Biasanya kalau teringin nak makan burger prosperity confirm Mcd lah tempat yang kita tuju.  Tapi malangnya burger ni tak selalu ada. Mungkin sebab kehabisan stock atau sebaliknya. Tapi sebenarnya anda boleh je buat dirumah sahaja. Follow je resepi burger prosperity yang dikongsikan. Hasilnya memang sedap, mungkin lebih sedap dari beli.

Burger prosperity ni confirm lah bertambah sedap kalau dimakan dengan sos black papper yang padu. Sosnya boleh ikut selera kita nak lelehnya. Rupanya nak buatnya tak susah pun. Malah bahan yang digunakan pun tidak renyah. Satu tips nak lagi sedap jangan kedekut bahan rempahnya. Pasti burger prosperity kite sedap untuk dinikmati.

Kalau semua nak jimat memang biasa je lah rasa burger prosperity kita. Lagi sedap burger yang dijual di kaki lima. Sekarang dan bermacam ramuan dan perasa dah orang buat. Selain tu juga, burger prosperity kalau dihidangkan pada keluarga lagi berbaloi daripada beli dekat dekat Mcd.

Jom kita follow perkongsian resepi dari encik Mohamad Arymin. Mudah je nak buatnya hanya menggunakan daging kisar yang dicampurkan dengan pelbagai ramuan dan rempah. Kemudiannya akan dibentukkan menjadi daging burger prosperity.

Yang lebih menarik dan padunya burger prosperity ni ialah sos black pepaernya yang dibuat sendiri. Sos yang dimasak pekat dan aroma lada hitam yang cukup wangi. Nak makan burger prosperity yang meleleh pun tak menjadi masalah. Jom try!

 

RESEPI BURGER PROSPERITY ALA MCD

Lagi lengkap burger prosperity anda bila dihidangkan bersama kentang goreng. Menu yang sangat mengenyangkan dan sangat lazat. Pasti anda dah tak sabar nak mencubanya. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni disediakan.

Bahan-bahan yang perlukan :  
Bahan daging Burger :
  • 1kg daging kisar jenama Ramly
  • 8 sudu makan serbuk roti
  • 1 biji bawang holland (dicincang)
  • 1 sudu makan blackpepper (blend kering)
  • Garam dan maggi cukup rasa secukupnya
  • Boleh tambah telur, italian herbs jika suka

 

Bahan sos blackpepper :
  • 50 gm serbuk demi glace
  • 1 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 sudu makan marjerin/mentega
  • 2 sudu makan serbuk blackpepper
  • 500 ml air
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan brown sugar/gula melaka
  • Perasa secukupnya

 

Bahan lain : 
  • Roti
  • Salad
  • Tomato
  • Fries

CARA PENYEDIAAN BURGER PROSPERITY ALA MCD :

▶️ Mula-mula cara buat daging burger. Caranya cincang dulu bawang holland.

▶️ Kemudian masukkan bawang ni ke dalam mangkuk bersama dengan bahan lain iaitu daging, serbuk roti, black pepper dan perasa. Serbuk roti tu kalau tak ada boleh gantikan dengan tepung biasa pun boleh.

▶️ Kemudian, gaul dan sebatikan bahan-bahan ni menggunakan tangan. Gaul rata.

▶️ Lepas dan sebati, ambil sikit-sikit adunan dalam 100 gram, dan bentukan membulat seperti ni. Lebih kurang boleh dapatdalam 10 ketul.

▶️ Lepas tu, leperkan kepada bentuk memanjang untuk dijadikan bentuk burger prosperty. Pastikan jangan buat tebal sangat sebab takut tak masak bahagian dalam.

▶️ Kalau bentuk tu panjang keluarkan sikit dari roti pun. Sebab lepas goreng nanti daging akan mengecut.

▶️ Panaskan kuali dan masukkan margerin. Bila dan mencair masukkan daging dan goreng sehingga garing dalam 3-4 minit untuk setiap bahagian depan belakang.

▶️ Dah siap. Boleh ketepikan.

▶️ Belah roti panjang, sapukan marjerin sedikit. Kemudian panaskan atas kuali sehingga ada garing sikit. Lepas dan goreng roti. Ketepikan.

Cara penyediaan sos black papper :

▶️ Panaskan kuali dan masukkan sesudu marjerin. Kemudian masukkan bawang merah yang dan siap dihiris dan tumis sehingga garing.

▶️ Dalam mangkuk lain. Bancuh 50 gm gram serbuk demi glace dengan 500ml air dan kacau  sebati. Jangan guna air panas sebab nanti berketul. Gunakan air biasa je.

▶️ Bagi yang tak tahu, serbuk demi glace ni biasa digunakan untuk buat brown sauce. Brown sauce inilah yang akan digunakan untuk sos black pepper, mushroom saurce dan macam-macam lagi.

▶️ Dalam tumisan bawang tadi. Masukkan bancuhan demi glace ni dan kacau perlahan-lahan.

▶️ Kemudian masukkna serbuk balck pepper dan sos cili. Masukkan perasa secukupnya. Brown sugar atau gula melaka ni masukkan untuk menambahkan lagi rasa.

▶️ Kemudian, biarkan sehinga sos menjadi pekat. Lepas tu, celupkan daging yang dan digoreng tadi ke dalam sos ni. Biarkan ianya meresap sebati.

▶️ Bolehlah hidangkan dengan roti, hirisan bawang holland dan banjirkan kuah sos ke dalamnya. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Biskut Coklat Almond Crunchy. Kudapan Kayangan Yang Sedap Dan Rangup Untuk Anak-Anak!

 

Tada! Wah menariknya hidangan ni. Kalau makan burger prosperity dengan sos black paper leleh ni confirm menyelerakan. Lepas ni dah tak pandang burger lain dah. Jika dihidangkan burger prosperity ni disajikan pada suami dan anak-anak pasti mereka akan suka. Selain rasanya sedap malah ia juga mengenyangkan.

Anak-anak kalau dapat makan set lengkap western ni iaitu burger prosperity dan kentang memang tak pandang menu lain. Cukup dengan hidangan ni saja. Hidangan yang simple dan bahan pun tidak renyah. Anda boleh je buat hidangan ni dirumah nanti.

Boleh je follow resepi yang dikongsikan ni. Semoga dengan perkongsian resepi burger prosperity ni dapat memberi anda manfaat. Anda juga boleh save resepi sebagai rujukan. Jika ada kelapangan boleh follow resepi. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.