Resepi Kudapan Spicy Salted Egg Cornflakes Yang Ranggup Dan Berlemak Masin. Sangat Sedap Anda Mesti Try!

0 4,586

Pernah cuba spicy salted egg cornflakes? Kudapan ini boleh buat anda ketagih tau! Gabungan rasa rangup berlemak masim salted egg, dan juga ada rasa sedikit pedas-pedas dihujung-hujung lidah membuatkan anda tak berhenti nak mengunyah je. Resepi yang sangat simple dan tapi sedap sangat.

Sekarang dah macam trend pula Salted egg. Semua makanan nak letak salted egg. Dah macam cheese la jugak. Yang kita tahu kalau makanan yang terasaskan salted egg memang harga mahalkan. Tapi kalau buat sendiri lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.

Kudapan spicy salted egg conflakes ini kalau layan depan tv memang habis sebalang pun tak sedar rasa yang masim dan berlemak memang layan je makan. Menu juga ini boleh dibawa pulang ke kampung musim raya nanti. Sebab kudapan  yang paling senang tapi rasa macam have-have pasti ramai suka.

Bahan-bahan yang diperlukan dalam menyediakan spicy salted egg pun sangat mudah dan sangat menjimatkan. Hanya memerlukan bahan asas seperti cornfalkes, serbuk telur masim kuning, daun kari, butter, dan cili potong. Kalau nak guna oven ataupun airflyer pun boleh. Senangkan terus jadi kupadan yang sedap.

Resepi spicy salted egg cornfalkes ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Dalila Amli.Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang sedap dan rangup ini. Penyediaan resepi kudapan yang mudah sangat  rugilah kalau tak mencuba.

 

RESEPI SPICY SALTED EGG CORNFLAKES

Sambi tengok movie memang sedap dapat mengunyah kudapan macam ini. Nak beli bukananya murah, boleh cecah rm 20 jugak sebalang tapi kalau buat sendiri lebih jimat. Tanpa membuang masa apa kata kita tengak satu persatu bahan-bahan digunakan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Cornflakes
  • Serbuk telur masin kuning / pure telur masin kuning
  • Daun kari
  • Butter
  • Cili padi potong
  • Gula pasir

CARA PENYEDIAAN SPICY SALTED EGG CORNFLAKES :

▶️ Cairkan suku butter untuk salut cornflakes.

▶️ Masukkan daun kari sehingga garing.

▶️ Masukkan cili padi.

▶️ Kemudian masukkan serbuk telur masin.

▶️ Bila bahan bercampur elok, masukkan cornflakes dan gaul rata.

▶️ Lepas dah rata, bakar kejap dalam oven @ airfryer. Kalau guna airfryer 7minit suhu 180°c.

▶️ Dah siap! Bagi sejuk kejap kemudian boleh masukkan dalam bekas kedap udara.

 

BACA JUGA : Resepi Siakap Steam Alai Thai. Menu Diet Yang Paling Sedap Anda Wajib Cuba!

 

Wah dah siap, Nampak dalam gambar pun dah menggiurkan. Kudapan ini selain dimakan sendiri kalau nak buat jual pun boleh sangat dah nih, boleh laa buat pendapatan sampingan nanti. Menu ini mesti laku sebabkan rasa salted egg yang masim-masim lemak dan rangup-rangup memang layan lah kalau makan.

Resepi spicy salted egg cornflakes sangat simple dan senang je nak buat. Yang penggemar salted egg anda wajib follow resepi yang dikongsi ini. Jika kudapan ini disediakan untuk anak-anak, tak nak letak cili pun boleh takut tengok syok-syok makan tergigit pula cili terus terbantut selera anak, jadi anda oleh ubah ikut citarasa anda.

Semoga pengkongsian resepi spicy salted egg cornflakes ini memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh cuba bila-bila masa dan boleh share supaya orang lain boleh mencuba kudapan yang super mantap ini. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.