Resepi Daging Kicap Berempah By Ibu Yang Super Power. Garanti Bikin Anda Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 1,347

Masak apa untuk lunch hari ni? Kalau belum ada idea nak masak tu! Apa kata anda cuba masak resepi yang akan kongsikan kat sini. Memandangkan ramai suka makan daging, jadi jom follow resepi daging kicap berempah by ibu. Hidangan yang simple tapi sangat menyelerakan!

Pemilihan daging juga penting kalau nak masakan kita sedap. Anda boleh menggunakan daging batang pinang supaya daging yang dimasak nanti cepat lembut dan tidak liat. Sebab dikatakan daging batang pinang ni antara part yang paling sedap dan digemari semua orang.

Hidangan ni juga sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa. Sama ada untuk makan tengahari atau makan malam. Kalau makan dengan nasi panas-panas, memang menyelerakan. Tak pandang lauk lain dah. Dah ada lauk daging kicap berempah ni pun dan cukup. Nak hidang bersama dengan sambal belacan pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.

Cara penyediaan hidangan ni juga sangat mudah dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Sesuai untuk yang baru nak belajar memasak. Selain dihidangkan bersama nasi putih. Ialah juga sesuai untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi hujan panas dan macam-macam lagi. Confirm makan sampai menjilat jari!

Kalau anda nak lagi mudah boleh je follow step by step dari perkongsian resepi dari Cik Puan Ameera. Rata-rata penggemar daging masak kicap ni memang menggemari resepi yang dikongsikan oleh beliau. Sangat rugilah kalau anda tidak mencubanya dirumah.

 

RESEPI DAGING KICAP BEREMPAH BY IBU

Walaupun menu ni ringkas kalau kena dengan selera dan tekak. Boleh bertambah-tambah dibuatnya. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencuba resepi yang dikongsikan ni. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan diperlukan dan cara penyediaan resepi ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • Daging (diperap dengan serbuk lada hitam dan kicap)
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia
  • 1 batang serai
  • Bunga rawang
  • Kulit kayu manis
  • 2 sudu rempah kari
  • Daun kari
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • Cili
  • Daun bawang
CARA PENYEDIAAN DAGING KICAP BEREMPAH BY IBU:

▶️ Mula-mula blend semua bawang merah, bawang putih dan juga halia. Blend sehingga lumat.

▶️ Kemudian panaskan minyak. Masukkan bunga rawang dan kulit manis.

▶️ Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar.

▶️ Masukkan serbuk kunyit. Tumis sehingga garing.

▶️ Kemudian masuk daging telah diperap tadi. Gaul rata.

▶️ Masukkan daun kari. Untuk meningkatkan lagi aroma masakan kita.

▶️ Kemudian masukkan tomata dan daun bawang. Nak pedas boleh masukkan cili.

▶️ Akhir sekali masukkan sos tiram. Terpulang pada citarasa anda nak masukkan garam atau gula.

▶️ Last tutup sekejap. Bagi daging kita masak dengan sempurna.

▶️ Dah siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Bebola Roti Inti Carbonara Yang Rangup Diluar Dan Lembut Didalam. Hidangan Kegemaran Seisi Keluarga!

 

Nyummm! Memang sedap dan nikmatnya tu terasa bila daging dimasak sebati dengan kuah kicap dan serbuk kari. Rasa bahang dari serbuk lada hitam memang membangkitakan selera makan anda. Kalau dah ada lauk ni dah tak pandang lauk lain dah.

Resepi ni selain menggunakan daging, anda boleh mengantikankan nya dengan lauk lain seperti ayam, ikan ataupun sotong. Rasanya pasti enak mengikut bahan atau lauk yang kita gunakan. Bila masa sendiri juga rasa pun kita boleh adjust mengikut selera masing-masing.

Jika anda ingin mencuba resepi daging masak kicap berempah ni anda boleh je follow resepi yang dikongsikan diatas. Sangat mudah dan simple. Semoga dengan perkongsian resepi kali ni memberi anda manfaat dan jangan lupa share juga. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.