Resepi Kuih Apam Susu Lembut, Gebu Dan Wangi. Confirm Sekali Cuba Nak Lagi!

0 1,646

Resepi kuih apam susu ni tak perlu diperkenalkan lagi namanya. Rasanya yang enak sudah tentu ramai yang menggemarinya. Hidangan ini antara kuih apam yang paling sedap, lembut, gebu dan wangi. Kalau nak makan macam tu je pun dan sedap dah. Kalau taburkan dengan kelapa parut muda lagi sedap untuk dinikmati.

Kuih apam ni kalau dulu-dulu biasanya perisa seperti gula merah atau nasi. Namun sekarang ni dah ada pelbagai resepi apam dah. Daripada hanya menggunakan bahan tepung, gula, mauripan, sekarang dah tambahan nasi, susu dan macam-macam lagi.

Kalau ada kepelbagaian resepi ni baru best nak mencuba. Bila buat satu jenis apam je muak juga kan. Buat makan-makan santai di rumah atau minum petang memang sedap. Apam ni juga boleh bertahan lama. Asalkan simpan dalam bekas bertutup. Bila rasa nak makan boleh makan terus.

Resepi kuih apam susu ni dari Cik Puan  Eyza Liza ni jarang tak jadi. Janji anda ikut sukatannya dengan betul. Tengok hasil apamnya pun dah boleh tahu macam mana rasanya. Cukup sedap dengan rasa manis dan teksturnya lembut dan gebu.

Kuih apam ni juga berwarna warni, memang nampak lebih menarik dan cantik bila dihidang. Anak-anak pun lebih berminat nak makan. Tak susah pun. Untuk mendapatkan warna yang menarik titiskkan je pewarna apa yang anda suka. Hasilnya pasti akan teruja nanti.

 

RESEPI APAM SUSU GEBU

Nak buah kuih ni mudah je, pastikan anda sukat bahan menggunakan sukatan yang betul. Follow je step by step resepi yang dikongsikan. Pasti gebu dan menjadi dengan elok. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan yang perlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi apam susu ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 4 bji telur (Suhu bilik)
  • 1 sudu besar ovalette (suhu bilik)
  • 3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik)
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum

CARA PENYEDIAAN APAM SUSU GEBU :

▶️ Mix semua bahan diatas kecuali gandum. Mix sampai kembang atau menjadi putih. Nak pakai blender pun boleh.

▶️ Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sebati. Asingkan dalam 3 ke 4 bekas letak warna berbeza-beza ikut citarasa anda.

▶️ Kemudian sapuan acuan planta dulu ya untuk senang nak keluarkn dari acuan nanti.

▶️ Selepas itu,  kukus selama 30 minit. Api jangan kuat dan pastikan air mendidih dahulu baru masukkan.

▶️ Tip: untuk elakkn apam bantat, pastikan tudung periuk kukus dibalut dengan kain dahulu. Sebab kalau air menitik apam akan jadi bantat dan permukaan tak cantik.

▶️ Dah siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Cheesekut Tiramisu Yang Sedap Dan Creamy. Pemanis Mulut Yang Paling Awesome!

 

Wah! Puas hati tengok kuih apam naik gebu lepas kukus. Bau apam ni juga lebih wangi dari biasa dan berlemak sebab ada campuran susu. Satu tips untuk dapatkan apam kukus yang cantik adalah griskan permukaan bawah dan tepi loyong dengan marjerin untuk mudah dikeluarkan selepas sejuk nanti.

Selain tu, untuk dapatan apam susu ni gebu yang tidak merekah ketika dikukus ialah jangan sesekali kukus dengan api yang terlalu besar. Cukup gunakan apa sederhana kecik supaya apam yang dikukus tidak naik mendadak yang boleh dijadikan ianya beralun, mendap semula.

Boring-boring duduk rumahtu bolehlah buat resepi apam susu ni. Serius sedap! hidangan untuk minum petang bersama anak-anak pasti mereka suka. Confirm cepat je habis sebekas. Semoga dengan perkongsian resepi ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.