Resepi Dorayaki Lembut Dan Gebu. Hidangan Yang Simple Dan Anak-Anak Pasti Suka!

0 1,606

Sebelum ni selalu tengok dorayaki kat tv anime Doraemon, kat gambar makanan dan banyak tempat lagi. Tetapi belum teringin nak buat sendiri kan. Kali ni dah banyak pula orang kongsikan resepi dorayaki sedap, lembut dan gebu. Terliur pula tengoknya. Jom kita cuba buat dirumah pula resepi dorayaki lembut dan gebu ni. Pasti anak-anak suka!

Dorayaki merupakan kuih tradisional Jepun (wagashi) dan mempunyai tekstur yang lembut dan gebu. Ianya disajikan dalam 2 lapisan, yang mana di tengah-tengah akan diletakkan sapuan (spread) sebagai inti. Di jepun biasanya letak mentega kacang merah. Tapi bila dan mula berkembang ke negara lain, mulalah diubah suai mengikut citarasa.

Ada yang letak sapuan coklat, kaya, madu dan sebagainya. Ada juga makan dengan caramel ataupun strawbery. Memang sedap sangat bila makan dengan dorayaki yang lembut dan gebu tu. Kalau dihidang pada anak-anak confirm mereka suka. Katanya dorayaki adalah makanan kegemaran watak robat doraemon.

Resepi yang mudah dan simple ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Alin Alina. Terima kasih sudi berkongsi resepi yang sedap ini. Sajian ini juga boleh dihidangkan buat sarapan pagi anak-anak. Ataupun juga boleh dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga.

untuk spread anda juga boleh mempelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Kalau anak-anak tak makan inti kacang merah, boleh gantikan dengan apa-apa perisa yang mereka suka seperti coklat spread, kaya dan macam-macam lagi. Hidangkan panas-panas pasti berselera mereka makan.

 

RESEPI DORAYAKI LEMBUT GEBU 

Nak sebatikan bahan tak perlukan mixer. Hanya sebatikan dengan senduk atau hand wkisker je. Tapi pastikan kacau adunan betul-betul sebati dan tak berketul. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan yang diperlukan dan cara penyediaan resepi dorayaki lembut dan gebu ini.

Bahan-bahan yang perlukan : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu baking powder
  • 3 sudu air
  • 3 biji telur
  • 1 sdb madu @ susu pekat
  • ½ sdb minyak masak
  • 1 sdk esen vanila
CARA PENYEDIAAN DORAYAKI LEMBUT GEBU :

▶️ Mula-mual satukan bahan-bahan ke dalam mangkuk. Kemudian pukul dan sabatikan dengan seduk ataupun hand whisker. Kacau sampai aduan tak berketul.

▶️ Panaskan kuali non stick dengan api yang perlahan. Nak sapu minyak atau butter pun boleh.

▶️ Bila dah betul-betul panas, masukkan sesenduk adunan. Kemudian tunggu sampai gelembung keluar.

▶️ Bila dah keluar gelembung, boleh terbalikkan.

▶️ Biarkan suam sekejap. Sapukan dengan inti yang anda suka.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Daging Harimau Meraung Yang Super Padu. Kesedapannya Memang Tiada Tandingan!

 

Wah dah siap! Cantikkan! Nampak sangat lembut dan gebu. Buat banyak-banyak puas hati anak-anak makan. Bila dan siap tu nak letak apa-apa perisa pun boleh. Mengikut selera anak-anak. Selalu buat lempeng je kan. Sekali sekala boleh lah tukar selera pada dorayaki pulak.

Doroyaki cantik berbentuk bulat. Tak payah susah-susah pakai acuan bagai. Hanya menggunakan seduk pun dah terbentuk cantik. Untuk sukatan ni anda boleh dapat dalam 6 atau 7 keping dorayaki. Tapi kalau nak banyak boleh gandakan bahan sukatan tersebut.

Lagipun bahan-bahan yang digunakan pun tidak renyah. Mudah je didapat. Nak goreng dorayaki pun tidak mengambil masa yang lama. Semoga dengan perkongsian resepi dorayaki yang lembut dan gebu ini dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.