Resepi Satar Terengganu Yang Enak. Mewah Dengan Rasa Ikan, Patut Cuba Buat Sendiri!
Satar merupakan makanan ringan dari negeri Terengganu, yang diperbuat daripada isi ikan yang dihancurkan dan dicampur dengan beberapa bahan lain. Tak susah nak buat satar cuma perlu ada isi ikan sudah boleh ikut Resepi Satar Terengganu ni.
Ia merupakan makanan istimewa negeri Terengganu, kalau pergi kesana tak sah kalau tak menikmati satar ini. Tapi jangan keliru dengan otak-otak pula, satar dibungkus berbentuk seperti kon dan dicucuk dengan lidi.
Ianya adalah campuran kelapa parut dan isi ikan yang ditumbuk bersama lada, bawang dan halia lalu dibalut dalam daun pisang. Setiap satu cucuk seperti sate gergasi denganbatang buluh dan dipanggang atas bara api.
Biasanya satar ini mudah didapati di gerai-gerai yang berhampiran dengan pantai atau tempat peranginan di sekitar Terengganu. Selain keropok, satar juga menjadi pilihan utama untuk dinikmati bila datang ke sana.
Sekarang ini sudah ada orang yang menjual satar secara frozen, jadi sudah boleh untuk buat simpanan dirumah, lebih mudah dan cepat. Resepi satar ini telah dikongsi oleh Suhaila Isnan di facebooknya.
RESEPI SATAR TERENGGANU
Untuk membuat satar perlu menggunakan isi ikan, jadi tidak kira isi ikan apa pun boleh dijadikan satar, seperti ikan sardin, tenggiri, selayang dan banyak lagi. Tapi pasti ada ikan yang memang sedap dibuat satar.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Ikan sardin – asingkan tulang ikan
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
- Cili padi*
- Buah keras*
- Daun kesum – potong halus
- Cili kering blend
- Kelapa
- Garam
- Gula
- Cukup rasa
CARA-CARA PENYEDIAAN SATAR TERENGGANU
▶️ Blendkan bahan yang bertanda * sehingga hancur.
▶️ Kemudian, campurkan dengan isi ikan yang sudah diblend.
▶️ Selepas itu, masukkan daun kesum, kelapa, cili kering blend, garam, gula, dan perasa. Gaul sebati semua bahan.
▶️ Untuk balutan buat corong dan bentukkan piramid.
▶️ Cucukkan dengan lidi.
▶️ Sedia untuk dibakar guna magic pan.
BACA JUGA : Resepi Pulut Kuning Dan Rendang, Pulut Yang Lembut Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja!
Selalu kena pergi Terengganu dahulu baru dapat merasa makan satar ni, tapi bila buat sendiri baru puas hati boleh makan kat rumah terus. Rasanya pun sedap macam beli di Terengganu dah, siap boleh buat frozen jika banyak.
Satar lebih sedap bila isi ikan lebih banyak, jadi akan rasa ikan lebih. Jika ingin makan yang pedas, boleh masukkan sedikit cili padi potong atau tambah cili kering kisar didalam di adunan isi ikan.
Tak perlu nak merentas negeri dah bila nak makan satar ni, follow sahaja resepi satar terengganu ni pasti puas hati. Dengan isi ikan yang banyak, kuantiti satar yang besar dan rasa yang secukup rasa. Selamat mencuba!