Resepi Lala Bercili Singapore Yang Sangat Simple Dan Marvelous. Pasti Membangkitkan Selera Makan Anda!

0 957

Siapa yang suka makan lala? Lala ni antara makanan seafood yang sedap dan enak. Pelbagai jenis masakan boleh dibuat dengan menggunakan lala. Antaranya shell out, lala masak lemak, lala masak sos dan macam-macam lagi. Tetapi hari ni nak share antara menu yang digemari ramai iaitu resepi lala bercili singapore. Menu yang sangat simple dan sedap. Anda boleh cuba dirumah nanti.

Selalu kalau teringin nak makan, order kat restoran thai je kan. Memang sedap dan padu rasa lala masak cili ni. Tapi sebenarnya nak masak sendiri dirumah pun boleh. Resepi ni sangat simple dan mudah. Rasa yang manis-manis pedas memang kombinasi yang terbaik. Pasti anda akan teruja dengan hasilnya nanti.

Bahan yang digunakan dalam penyediaan ini pun tidak renyah. Hanya menggunakan 5 bahan sahaja seperti lala bawang, cili, telur dan sos. Hasilnya sangat sedap dan menyelerakan. Lala masak cili ni makan dengan nasi putih pun dah cukup. Tapi kalau nak masak sayur sebagai menu sampingan pun boleh. Terpulang pada citarasa anda.

Ikut kita je sebenarnya untuk pelbagaikan resepi. Semakin kreatif hidangan kita semakin bertambahlah selera anak-anak nanti.  Yang baru nak belajar memasak resepi lala masak cili ni. Boleh follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie. Terima kasih sudi berkongsi resepi yang sangat mudah dan menyelerakan ini.

Hidangan yang cukup rasa, manis masim dan pedas memang padu. Lala ni kebiasaan dimasak kering-kering. Tapi ada selupat-selupat sambal dan telur pecah menjadikan hidangan ini sedikit lembat basah dan sungguh marvelous. Makan sampai menjilat jari dibuatnya. Kalau nak buat menu ringkas-ringkas untuk makan malam, boleh ikut resepi ini je tau.

 

RESEPI LALA BERCILI SINGAPORE

Hidangan ni kalau makan dengan nasi panas-panas mahu bertambah nasi dibuatnya. Rasa tak sabar pula nak mencubanya. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana penyediaan resepi lala masak cili ini.

Bahan-bahan yang perlukan :
  • 1 kg lala
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 butir telur
  • 4 sudu cili kisar
  • 2 sudu sos tomato
  • 4 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • Cili
  • Daun bawang

CARA PENYEDIAAN LALA BERCILI SINGAPORE :

▶️ Dalam kuali tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak. Kalau suka lebih pedas boleh lebihkan cili kisar.

▶️ Bila bahan tumis tadi dah naik minyak. Dan mendidih masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.

▶️ Kacau-kacaukan semua bahan sampai mendidih ganas. Masukkan air ½ cawan. Gaul rata, kecilkan api. Biarkan bahan tumisan memekat.

▶️ Masukkan garam dan gula sesuai selera. Rasa dulu tau. Sebab nanti dah tak payah ejas rasa dah.

▶️ Masukkan lala yang dah dibersihkan. Seeloknya rendam 15 dengan air garam. Kemudian bilas 3 kali sampai puas hati untuk buangkan lumpur.

▶️ Biarkan lala masak elok dalam sambal kita tadi. Api kecil saja tau.

▶️ Masukkan telur yang dah di kacau rata. Biarkan 3 minit sampai telur sedikit memekat baru gaul rata. Kita nak telur dan sambal menyalut rata lala kita tadi. Biarkan semua sambal memekat. Matikan api.

▶️ Masukkan cili api kalau suka extra pedas. Kalau tak suka boleh abaikan.

▶️ Masukkan juga daun bawang dan daun ketumbar untuk aroma yang mengasyikkan.

▶️ Uishhh menarik sungguh lala bercili kita ni. Dah siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Kembung Masak Gulai Lemak Daun Kesom Yang Super Enak. Anda Wajib Mencubanya!

 

Dah siap untuk dihidang! Sekali pandang dah tergoda, sedap sangat bila tengok resepi lala masak cili yang disaluti telur ni. Kalau anda jenis hantu pedas memang sesuaikan cuba resepi ni. Boleh buat pedas-pedas. Barulah puas hati makan. Rasa manis-manis pedas membangkitkan lagi selera anda.

[]

Nak masak lala juga kena ada caranya. Untuk mengelakkan lala ini berbau lumpur, lala ni seelok dibasuhkan dengan air garam. Bilas je dengan air garam sampai bau lumpur hilang. Bila di masak nanti. Tiada lah bau lumpur. Kadang-kadang bau lumpur menyebabkan rasa kurang elak pada masakan kita.

Resepi yang sangat ringkas dan hasilnya sangat sedap ini. Rugilah kalau anda tidak mencubanya. Semoga dengan perkongsian resepi lala masak cili singapore ini dapat memberi anda manfaat dan boleh share juga pada kawan-kawan supaya sama-sama mendapat manfaat dari resepi ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave A Reply

Your email address will not be published.