Resepi Laksam Hipster. Warna-warni Tapi Rasa Tetap Sedap. Makan Semangkuk Confirm Tak Cukup!

0 911

Laksam atau dikenali dengan laksei memang popular dipantai timur, dimakan tidak kira masa pagi, petang atau malam. Resepi Laksam Hipster kali ni ada nama hipster disebabkan laksam yang pelbagai warna dan sangat mudah untuk ibu-ibu mencuba.

Kalau ditempat lain, laksam akan dimakan untuk sarapan pagi dan jarang dijumpai pada waktu lain. Cara memasak laksam sangat berbeza daripada laksa, walaupun nama hampir sama.

Laksam diperbuat dari tepung beras yang dikukus diatas penutup periuk yang rata dan dimakan dengan kuah ikan, ulam-ulaman yang dipotong halus dan sambal. Laksam yang siap dikukus akan digulung dan akan digunting bila dihidangkan.

Resepi laksam hipster ini telah dikongsi oleh Ada Suhaq memang lain dari yang lain dengan menukarkan warna kebiasaan laksam yang berwarna putih kepada warna-warni yang boleh menarik minat anak-anak.

Jika ibu-ibu yang masih mepunyai baki ikan yang disimpan boleh mencuba resepi laksam ini. Ikan jika disimpan terlalu lama nanti tak elok juga, baik guna untuk buat laksam boleh makan bersama keluarga.

 

RESEPI LAKSAM HIPSTER

Bagi mendapatkan kuah yang rasanya sedap, ikan yang digunakan untuk membuat kuah laksam haruslah segar. Sebab ikan yang segar akan ada rasa manis ikan semasa membuat kuah laksam.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan untuk laksam
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecik garam
  • 3 sudu mkn minyak masak

 

Bahan untuk kuah lemak ikan :
  • 1kg ikan sardine / selayang atau apa2 ikn yg sesuai
  • 7-8 biji Bawang merah
  • 1 sudu Lada hitam
  • Asam keping
  • Garam sesedap rasa
  • Gula sesedap rasa
  • Belacan
  • Gula melaka
  • Santan kara sekotak besar

 

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT LAKSAM :

▶️ Mula-mula, campur kesemua bahan didalam satu bekas.

▶️ Kemudian, kacau sehingga sebati sehingga tidak ada ketul-ketul tepung didalam bancuhan laksam.

▶️ Bancuhan laksam boleh dibahagikan jika hendak campur warna.

▶️ Panaskan pengukus dengan api besar, dan sapukan minyak pada Loyang atau penutup periuk.

▶️ Selepas itu, tuang bancuhan laksam ke dalam Loyang, jangan terlalu banyak nanti laksam akan menjadi agak tebal.

▶️ Kukus sehingga 3-4 minit.

▶️ Tips untuk tahu laksam sudah masak atau belum bila adunan sudah mengelembung. Jika dibiarkan lama laksam akan merekah dan keras.

▶️ Dah masak angkat dan gulung sehingga menjadi satu gulungan yang panjang.

 

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LEMAK IKAN :

▶️ Mula-mula, rebus ikan dengan garam, asam keping dan gula Melaka.

▶️ Selepas itu, perisi ikan, dan blend sekali dengan air ikan.

▶️ Blend bawang merah dan lada hitam.

▶️ Kemudian, masak bahan kisar didalam periuk. Dan masukkan santan.

▶️ Akhir sekali perasa kuah dengan garam dan gula.

 

BACA JUGA : Resepi Biskut Kacang Peas. Paling Mudah Dibuat Dan Sedap Dimakan!

 

Perh! Siapalah yang tak suka makan laksam ni memang rugi habis. Laksam dengan kuah lemak ikan diletak pula ulam-ulaman dan sambal memang terangkat habis.

Laksam biasanya akan dihidang dengan ulam-ulaman yang dipotong halus seperti kacang panjang, kobis, timun, bunga kantan dan taugeh. Jangan lupa sambal cili merah sebagai perasa pedas untuk laksam.

Jika di Kelantan laksam mereka akan menyediakan belacan yang dipotong kecil-kecil untuk dimakan sekali dengan laksam. Mesti ibu-ibu dah tak sabar nak masak laksam hipster ni. Resepi dah diberi, boleh ibu-ibu cuba membuat dirumah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.