Cara Buat Sate Ayam Dan Kuah Kacang Sedap Macam Pasar Malam. Resepi Yang Ohsem Yang Wajib Cuba!
Sate dibuat daripada kepingan daging dan dicucuk dengan menggunakan lidi dan dimasak dengan membakar diatas arang. Apa kata kali ni buat sendiri Sate Ayam dan Kuah Kacang ini, pasti lebih sedap.
Resepi sate ayam dan kuah kacang ini dari perkongsian saudari Iera Hazira, ibu-ibu boleh mencuba untuk buat sendiri dirumah lebih terjamin kebersihan dan lebih sedap.
Sate bukan sahaja dimakan pada hari biasa, tapi dihidangkan pada musim perayaan dan juga majlis makan-makan juga.
Sate bukan sahaja dibuat dengan daging ayam sahaja, tapi menggunakan daging lembu, kambing, arnab pun ada. Jangan terkejut kalau jumpa sate perut, yang ni betul-betul menggunakan perut lembu untuk dibuat sate.
Kalau buat sate sendiri memang agak rumit sikit, sebab banyak step yang kena buat. Tapi yang paling best apabila dapat hasilkan sate yang sedap untuk makan seisi keluarga.
RESEPI SATE AYAM DAN KUAH KACANG
Kesedapan sate bergantung pada rasa sate yang cukup dengan rasa rempahnya dan kuah kacang yang sedap secukup rasa. Tak lengkap kalau makan sate tiada kuah kacang kan?
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 ekor ayam (ambil kesemua isi ayam, potong dadu, cuci n toskan)
kulit ayam jgn buang ye, potong kecik, dan perapkan sekali isi ayam)
Bahan untuk dikisar
- 2 labu bwg besar
- 5 ulas bwg merah
- 1 labu bwg putih
- 2 Inci halia
- 4 btg serai
(satukan kesemua bahan dan blend dengan sedikit air)
Bahan perapan
- 2 keping gula melaka (potong kecil)
- 1 ½ cawan gula
- 2 sudu kecil garam
- 4 sudu kecil serbuk kunyit
- 3 sudu besar jintan manis
CARA-CARA PENYEDIAAN SATE AYAM :
▶️ Mula-mula, masukkan isi ayam yang telah ditoskan kedalam satu bekas.
▶️ Selepas itu, masukkan bahan blend + bahan perap. Gaul sebati.
▶️ Boleh tambah apa yg kurang, gula atau garam..
▶️ Kemudian, perap semalaman kalau nak sedap.
▶️ Selepas ayam sudah diperap baru cucuk dengan lidi. Kalau nak lagi sedap, selitkan kulit ayam dibhgian tengah isi ayam.
▶️ Ambil sedikit lebihan bahan perapan tadi dan tambahkan sedikit minyak masak.. (untuk renjiskan masa bakar, guna 1 btg serai ketuk hujungnya)
▶️ Akhir sekali, bakar selama 5min dan sehingga masak.
▶️ Semasa bakar, renjiskan dengan bahan perapan tadi.
Bahan-bahan kuah kacang :
- 1 ½ cwn kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit, dan blend separa halus)
- segenggam cili kering (potong, rebus)
- 2 labu bwg besar
- 2 Inci halia
(blend semua bahan diatas dengan sdikit air)
- 1 batang serai (ketuk)
- 2 keping gula Melaka
- 1/2 cawan gula
- Garam
- 3 cawan air
- 1 kotak santan
- 2 keping asam keping
CARA-CARA PENYEDIAAN KUAH KACANG :
▶️ Panaskan minyak, jangan terlalu sikit atau jangan terlalu banyak.
▶️ Selepas itu, tumiskan bahan blend dan masukkan serai.. (tumis sampai pecah minyak)
▶️ Masukkan kacang dan gaul sebati.
▶️ Kemudian, masukkan air dan biar mendidih. Masak dengan api perlahan.
▶️ Apabila nampk dah kering sedikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, dan asam.
▶️ Akhir sekali, masak sampai kuah jadi pekat. Rasakan dan boleh tambah apa yang kurang.
BACA JUGA :Resepi Lontong Kuah Lodeh. Hidangan Yang Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Hidangan Hari Raya!
Fuh! Bau sate semasa dibakar memang memanggil-manggil je. Belum lagi makan denga kuah kacang yang super sedap ni. Tak lengkap kalau makan sate kalau tak ada nasi impit dan hirisan timun.
Sate ayam dan kuah kacang boleh dikata kebanyakkan orang memang gemar makan sate, hidanglah pada bila-bila masa pun pasti akan habis juga.
Ibu-ibu dah boleh salin resepi sate ayam dan kuah kacang yang kami bagi ni, lebih sedap kalau dapat buat sendiri. Selamat mencuba!