Resepi Mee Gulung Yang Padu Dengan Kuah Pekat Berperisa. Sedap Dinikmati Ketika Panas-Panas!
Pernah tak anda cuba resepi mee gulung? Dikatakan mee gulung ni sangat sedap dan padu. Kalau anda belum pernah makan, anda wajib cuba resepi ni. Kuahnya yang pekat dan likat memang sedap dan enak. Apa yang unik tentang resepi ialah mee yang digulungkan dalam telur tu.
Cara penyediannya sedikit berbeza dengan mee yang biasa kita masak. Telur tu bukan saja digoreng biasa. Namun dimasak dengan bawang besar dan juga daun bawang. Untuk mee pula ada yang gunakan mee kuning, dan ada juga yang gunakan yi mee. Kedua-duanya sedap namun ianya bergantung pada selera masing-masing.
Jenis kuah yang dimakan dengan mee gulung nie mestilah pekat dan likat. Dan boleh juga dipelbagai jenis sayur dan seafood didalamnya. Lebih banyak ramuan lagi sedap hidangan ni. Sebenarnya mee gulung ni jarang kita jumpa dijual di kedai. Jadi kalau teringin nak buat boleh je follow resepi ni.
Ada juga yang kata resepi mee gulung ni rasanya seakan kuah mee goreng lakna, kuey teow kungfu dan juga mee sup. Walaupun rasanya hampir sama. Namun ianya mempunyai keistimewaan masing-masing. Kalau buat sendiri ni, boleh je anda cuba kepelbagai mee ni, ikut citarasa anda sendiri.
Janji masuk dengan tekak anda sekeluarga. Resepi daripada Cik Puan Nadia Muharam ni antara resepi yang menarik pasti anda kena cuba. Cukup rencah dan sedap berperisa. Cara penyediaan yang mudah dan simple dan bahan yang digunakan pun tidak renyah. Rugilah kalau anda tidak mencubanya.
RESEPI MEE GULUNG
Untuk resepi ni, sesuai untuk hidangan 2-3 makan. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahan. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni dibuat.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Mi kuning
- Daun sup
- Telur -2 biji
- Bawang besar setengah biji
- Ayam/daging/sotong/udang
- 4 batang cili padi
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 2 sudu sos tiram/ sos seafood
- 1 sudu sos ikan
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan air
- 1 sudu tepung jagung
- Stock daging
- Sayur (lobak merah/kubis bunga@kubis/celery ikut selera masing-masing)
CARA PENYEDIAAN MEE GULUNG :
▶️ Blend bawang merah, putih, cili padi. Panaskan kuali letak minyak masak sikit, tumiskan bahan blend.
▶️ Masukkan bahan mentah ayam/daging/udang/sotong. Dah naik bau bahan tumis tu, masukkan sos tiram @ sos seafood.
▶️ Masukkan air, sos ikan, garam. Masukkan sayur.
▶️ Masukkan bancuhan tepung jagung. Siap!
Cara buat mee gulung :
▶️ Basuh @ celur mi kuning. Pecahkan sebiji telur pukul sekali dengan daun bawang(cincang) & bawang besar(potong dadu) agak2 banyak mana.
▶️ Panaskan minyak sikit atas pan, bancuhan telur tadi buat macam telur dadar, susun mi memanjang kemudian gulungkan.
▶️ Dah siap, letak atas pinggan kemudian curahkan kuah, tabur sedikit bawang goreng. Siap!
BACA JUGA: Resepi Puding Marble Yang Simple Dan Marvelous. Syok Dinikmati Waktu Sejuk-Sejuk!
Wah! Menariknya resepi kali ni! Sedapnay kalau dapat makan mee gulung ni panas-panas. Kuahnya yang pekat likat dan dipenuh dengan lauk dan sayur memang membangkitkan selera makan. Kalau makan dengan lada jeruk yang masam pedas tu memang layan. Resepi ni mudah je, tak sampai setenggah jam pun dah siap.
Cara makan mee gulung ni, tekan dengan sudu dan kautkan mee untuk dimakan jangan lupa kaut sekali kuahnya. Macam tulah menikmati mee gulung ni. Sedapnya tak payah cerita lah. Semestinya sedap. Hidangan ni sesuai dihidang pada bila-bila masa yang anda suka.
Resepi mee anda boleh buat dalam pelbagai jenis hidangan. Terpulang pada selera anda. Semoga dengan perkongsian resepi mee gulung kali ni dapat memberi anda manfaat. Boleh save resepi ni dulu. Jika ada kelapangan boleh cuba buat dirumah pula.