Resepi Nasi Jagung Istimewa Yang Sangat Sedap. Dihidangkan Dengan Ayam Masak Merah Dan Jelatah!
Musim-musim PKP ni pasti ramai yang tengah mencuba pelbagai resepi. Salah satu resepi yang menarik boleh dicuba ialah set nasi jagung. Resepi Nasi Jagung ni tidak rumit untuk dibuat, mungkin ramai yang tidak tahu tentang hidangan ini.
Bagi set nasi jagung ni tiada beza dengan nasi yang lain seperti nasi tomato atau nasi minyak, kerana digandingkan dengan hidangan ayam masak merah dan jelatah. Apa yang berbeza ialah dari segi nasi yang berlainan.
Di Indonesia pun ada nasi jagung, tapi berbeza dengan di tempat kita. Kerana nasi jagung mereka merupakan makanan tradisi ditempat yang sukar untuk peroleh beras. Jadi mereka akan masak nasi dengan jagung dan dihidangkan ketika nasi masih panas.
Hidangan ini agak berbeza dengan yang lain kerana nasi yang dicampurkan dengan jagung, mungkin ada yang tidak boleh terima bila nasi dimakan sekali dengan jagung. Secara jujurnya, nasi ini sangat sedap, tambah pula dimakan dengan ayam masak merah.
Mungkin tidak semua orang tahu mengenai nasi jagung ini, resepi ini dari perkongsian oleh Izanizawati Ismail di Facebook. Resepi ini telah dapat banyak perkongsian di blog masakan.
RESEPI NASI JAGUNG
Hidangan ini nampak macam sesuai untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis kenduri atau hidangan di hari raya. Untuk nampak kelainan boleh sediakan untuk makan tengahari bersama keluarga dan tidak semestinya hanya sesuai untuk majlis keramaian sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk nasi jagung :
- 3 cawan beras
- 1 cawan isi jagung
- 1 cawan susu cair
- Air secukupnya
- 1sudu kecil garam
Bahan Tumisan:
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 3 tangkai bunga cengkih
- 2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
- Bahan Kisaran:
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI JAGUNG
▶️ Basuh bersih beras, toskan air dan ketepikan.
▶️ Selepas itu, tumis bahan tumisan sehingga wangi dan masuk bahan kisar. Masak hingga wangi dan kering.
▶️ Masukkan susu cair, air secukupnya dan garam. Masukkan juga beras dan jagung. Sukat air guna jari.
▶️ Kemudian, pindahkan periuk dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.
▶️ Apabila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup dan kacau-kacau guna garfu.
Bahan-bahan untuk ayam masak merah:
- 6 ketul ayam
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 2 batang serai diketuk
- 2 keping asam keping
- Secukup rasa garam, gula dan perasa masakan
Bahan kisaran:
- 2 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 15 tangkai cili kering direbus
CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK MERAH
▶️ Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat dan toskan minyak.
▶️ Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika banyak) tumis bahan kisar. Masukkan serai dab asam keping, masak hingga pecah minyak.
▶️ Kemudian, masukkan gula dan biarkan gula caramalised baru dikacau. (untuk meghasilkan warna kuah yang menarik)
▶️ Selepas itu, masukkan santan, air, garam dan perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam dab masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.
Bahan-bahan untuk jelatah:
- 1/2 batang timun
- 1/2 batang carrot
- 1 biji cili merah
- 1/2 labu bawang besar
- 3 sudu besar gula pasir
- 1 sudu kecil garam halus
- 4 sudu besar cuka
CARA-CARA PENYEDIAAN JELATAH
▶️ Satukan kesemua bahan dan sayuran yang dipotong memanjang. Kacau sebati.
BACA JUGA : Resepi Takoyaki Terlajak Sedap Dengan Sos Homemade. Cara Yang Mudah Dan Boleh Dibuat Banyak Kali!
Meriah betul nasi kita kali ini, dengan Warna kuning jagung yang menaikan seri lagi nasi kali ini. Dihidang pula dengan ayam masak merah dan jelatah dah seperti makan nasi kenduri dah. Nampak meriah betul nasi kali ni.
Tak semestinya hidangan ini hanya dimakan dengan ayam masak merah, boleh juga dipelbagaikan lauk seperti daging masak hitam atau kerutup ayam. Tapi bahagian sayur biasanya dihidangkan dengan jelatah.
Tak salah pelbagaikan menu makan tengahari untuk keluarga, pasti mereka akan seronok dan makan dengan seleranya. Jangan lupa untuk follow resepi nasi jagung yang istemewa ini!