Resepi Nasi Lemak Pandan Yang Sedap Dan Menyelerakan. Rahsia Sambal Yang Padu Dan Wangi!

0 5,344

Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang melayu dari turun temurun. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Ianya juga boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk yang anda suka. Resepi nasi lemak pandan yang dikongsikan kali ini memang sangat padu dan lain dari yang lain!

Kesedapan nasi lemak ni sebenarnya bergantung pada nasi dan juga sambalnya. Aroma wangi nasi lemak dari daun pandan sangat menarik selera makan. Manakala sambalnya mestilah secukup rasa, masin, manis pedas. Resepi ni juga menyediakan tips untuk pastikan sambal sedap dan tahan lama walaupun tak masukkan dalam peti sejuk.

Salah satunya ialah tak letakkan bawang putih dan halia. Hanya gunakan bawang merah dan bawang besar je. Sambal yang sedap juga warnanya merah gelap, dan perlu masak lama sampai betul-betul pecah minyak. Barulah kekal elok dan tak basi dari pagi sampai ke malam.

Sama juga macam nasi. Cara nak bagi nasi lemak ni lambat basi ianya ni perlu dikukus. Lagi satu kalau kukus, nasi lemak ni akan bertambah sedap dan aroma dari daun pandan betul-betul naik. Dan hasilnya nasi lemak elok berderai dan tidak berkerak. Confirm bertambah seleralah dibuatnya.

Nasi lemak pandan lagi lauk syok dihidangkan dengan lauk sampingan. Seperti ayam goreng, sambal sotong, sambal kerang dan macam-macam lagi. Resepi yang simple dan sedap ni dikongsikan oleh Cik Puan Raja Amanina. Jika anda ingin mencuba boleh follow resepi ni. Pasti anda akan puas hati nanti.

 

RESEPI NASI LEMAK PANDAN 

Nasi lemak ni kalau masak menggunakan daun pandan memang tidak dinafikan lagi kesedapannya. Sungguh lazat dan enak. Pasti anda pun dah tak sabar nak mencubanya. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan resepi kali ni.

Bahan-bahan yang perlukan : 
Bahan nasi lemak :
  • Beras
  • Santan (sukatan sama dengan beras, tapi pastikan santan tu cair sepaya nasi tak berat dan cepat muak)
  • 3-4 helai daun pandan kisar dengan air (tapis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3-4 bawang merah
  • 1 inci halia

 

Bahan sambal :
  • 3 genggam cili kering (potong kecil-kecil dan rebus hingga lembut)
  • 4 biji bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • Belacan
  • 1 keping asam keping atau ais asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK PANDAN :
Cara masak nasi lemak pandan: 

▶️ Mula-mula panaskan kukusan. Seperti bekas loyang.

▶️ Satukan kesemua bahan dalam satu bekas sesuai untuk kukus.

▶️ Kemudian kukus nasi sehingga masak.

 

Cara masak sambal : 

▶️ Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang merah dan belacan. Belacan tu masukkan sikit je.

▶️ Pasaskan minyak dalam kuali dan tumus bahan kisar. Tumis betul-betul garing.

▶️ Kalau sambal pekat sangat boleh masukkan air sikit. Kemudian masukkan asam keping dan reneh lagi sampai pecah minyak.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Nak lagi sedap guna gula melaka.

▶️ Nak lebih cantik, masukkan sikit ikan bilis. Ikut citarasa anda.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Creamy Milk Donut Yang Super Gebu Dan Lembut. Pasti Ramai Yang Menggemarinya!

 

Tada! Siap satu hidangan yang super enak. Sambal yang sangat padu. Cukup rasa masim, manis pedas. Manakala nasi yang berlemak dari santan dan aroma pandan memang sungguh menyelerakan. Sesuai dihidangan untuk sarapan pagi untuk keluarga. Confirm mereka suka!

Mudah je kan cara nak masak nasi lemak dan sambal yang sedap ni. Selalunya risau je nak masak nasi lemak pandan ni. Sebab takut cepat basi atau nasi yang lembik dan tak menjadi. Tapi bila cuba resepi ni pasti anda akan puas hati dengan hasilnya.

Selain rasanya yang sedap, tekstur juga nampak menarik sekali. Resepi nasi lemak pandan ni sesuai juga dihidangkan pada bila-bila masa yang anda suka. Bukan setakat untuk sarapan je. Semoga resepi ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.