Resepi Takoyaki Terlajak Sedap Dengan Sos Homemade. Cara Yang Mudah Dan Boleh Dibuat Banyak Kali!

0 11,316

Pasti ramai yang suka makan takoyaki kat sini. Takoyaki merupakan street food yang popular di Jepun. Mungkin ada yang tak tahu yang takoyaki boleh dibuat sendiri dirumah, jom follow Resepi Takoyaki yang senang dibuat dengan menggunakan bahan yang ada dirumah sahaja.

Takoyaki merupakan makanan yang ringkas tapi mengenyangkan kerana dibuat daripada campuran tepung gandum dan tepung jagung, diletak filling ditengah-tengah seperti   sotong, udang dan sayur-sayuran terpilih seperti kobis dan carot.

Kalau nak beli 5 biji pon boleh tahan juga harganya, tapi bila buat sendiri lebih jimat dan kuantiti yang dapat pun lebih banyak. Bukan setakat sekali je boleh makan berkali-kali boleh buat lagi.

Nak masak takoyaki kena ada special pan dia, sebab takoyaki ni berbentuk bulat jadi memerlukan kuali takoyaki sendiri. Kalau beli pon tak mahal sangat sebab kita boleh guna lagi bila memerlukan.

Pasti anak-anak seronok bila tahu ibu nak buat takoyaki, siapa yang tak suka makan takoyaki ni rasanya yang sangat enak. Resepi takoyaki ini telah dikongsi oleh Nur Masri , jom kita tengok resepinya.

 

RESEPI TAKOYAKI

Kalau makan takoyaki tak sah kalau tak ada bonito flakes, seaweed flakes powder, Dan sos istemewanya. Kali ini resepi sos takoyaki homemade diberi sekali, jadi boleh lah ibu-ibu mencubanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Anggaran 26-30 biji takoyaki
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 3/4 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk stok ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil baking powder

 

Bahan-bahan inti :
  • Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
  • Daun bawang – hiris nipis
  • Kobis bulat dihiris halus
  • Carrot diparut halus

 

CARA-CARA PENYEDIAAN TAKOYAKI

▶️ Mula-mula campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut.

▶️ Kemudian, tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.

▶️ Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak disetiap lubang.

▶️ Selepas itu, curahkan adunan dalam lubang sebanyak 3/4 penuh.

▶️ Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang.

▶️ Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.  Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.

▶️ Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)

▶️ Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan. Teruskan masak sampai nampak garing.

▶️ Angkat takoyaki ke pinggan hidangan fan hiaskan dengan bahan hiasan atas.

 

Bahan-bahan untuk sos takoyaki :
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan kicap kipas udang
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • madu

 

CARA-CARA PENYEDIAAN SOS TAKOYAKI :

▶️ Campurkan semua bahan dalam periuk dan masukkan tepung jagung,
masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.

▶️ Kemudian, sejukkan sos dan gaulkan dengan madu. kalau suka manis lebihkan.

▶️ Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.

 

Bahan-bahan hiasan :
  • Sos Takoyaki
  • Mayonis
  • Bonito flake
  • Seaweed flakes powder

 

CARA-CARA HIAS TAKOYAKI :

▶️ Mula-mula drizzle sos takoyaki dibahagian atas takoyaki dan diteruskan drizzle mayonis.

▶️ Akhir sekali, taburkan bonito flakes dan seaweed flakes powder. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Buat Kerabu Kerang Ala Thai Yang Terlajak Sedap, Secukup Rasa Pedas, Masam Dan Manis!

 

Tak susah sangat nak buat takoyaki dirumah sekarang ni, bahan-bahan untuk buat adunannya pun senang didapati. Pasti anak-anak suka, bila makanan mereka dipelbagaikan. Siapa tak suka bila dapat makan makanan sedap kan.
Kalau tidak ada kuali takoyaki, jangan risau masih lagi boleh guna kuali acuan kuih cara. Walaupun bentuk acuan tidak bulat tapi asalkan rasanya tetap sedap. Jangan pula tak jadi buat bila tahu tak ada acuan takoyaki pulak.

Selepas sebiji-sebiji takoyaki masuk mulut, sedar-sedar dah habis sepinggan. Bila buat sendiri saiznya ikut citarasa Kita nak buat bulat yang besar atau kecil. Ibu-ibu yang dah  semangat nak buat tu, jangan lupa follow resepi takoyaki terlajak sedap ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.