Cara Buat Roti Kacang Hitam Yang Sangat Lembut, Hanya Uli Pakai Tangan Dapat Hasilkan Roti Yang Lembut Dan Sedap!
Suka sangat beli roti bun bila pergi kedai roti. Nanti boleh buat stok time lapar. Roti kalau cicah dengan air teh panas serius layan. Asyik beli je, sekali sekala apa kata buat sendiri. Cara buat roti kacang hitam mudah je. Uli pakai tangan pun boleh.
Mungkin bagi sesetengah orang nak buat roti agak rumit bagi mereka, kerana perlu menguli doh biar sempurna dan agak lama untuk mendapatkan hasil roti yang lembut selepas dibakar. Sebab itu ramai yang lebih senang untuk membeli roti dari membuat sendiri.
Secara jujurnya, bila buah roti dan dapat hasilkn roti yang lembut dan sedap memang satu kepuasan untuk diri sendiri. Tapi sekarang dah tak risau lagi, sebab sekarang sudah ada bread maker boleh hasilkan roti dalam sekelip mata sahaja.
Kalau sudah pandai buat satu doh roti, boleh hasilkan pelbagai jenis roti daripada satu adunan doh sahaja. Sebenarnya buat roti lebih mudah dari buat kuih, sebab roti tidak menggunakan bayak bahan seperti kuih.
Roti manis yang sedap mesti kena lembut, gebu dan rasa kena ada lemak manis dari campuran susu dan gula. Ibu-ibu yang ingin membuat roti kali pertama boleh cuba follow resepi dari perkongsian Miszel Bakri ini.
RESEPI ROTI KACANG HITAM
Bagi mendapatkan hasil roti yang lembut dan gebu, pemilihan tepung sangat penting. Pilih tepung yang berkualiti dan sesuai untuk menghasilkan roti. Apabila beli tepung yang murah boleh menyebabkan tekstur roti tidak halus.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A
- Sebungkus yis
- 4 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 cawan air suam
- *satukan dan tunggu yis kembang
Bahan B
- 3 cawan tepung roti/gandum
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
- *ayak semua sekali
Bahan C
- 2 sudu besar mentega
- 1 biji telur
CARA-CARA PENYEDIAAN ROTI KACANG HITAM
▶️ Campurkan semua bahan A, bahan B dan bahan C dalam satu bekas.
▶️ Uli sampai menjadi doh. Uli sehingga 20 minit sampai betul-betul sekata.
▶️ Selepas itu, perap selama 30 minit. Bila doh kembang tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
▶️ Canaikan doh sekali lagi dan bulatkan ikut suka. Leperkan dan masukkan inti kacang hitam.
▶️ Kemudian, canaikan doh bulat-bulat sehingga habis dan perapkan lagi selama 15 minit.
▶️ Apabila doh sudah kembang taburkan bijan hitam ( optional ). Bakar selama 45 minit.
Nak dapatkan tekstur roti yang sempurna bukan mudah, perlu betul-betul ikut resepi yang diberikan. Roti manis memang sedap dimakan begitu sahaja atau cicah dengan air teh atau milo panas, kalau dah tak tahu nak masak apa untuk minum petang bolehlah hidangkan roti ini.
Bagi membuat roti, perlu pastikan sukatan bahan-bahan tepat dan kalau boleh jagan ditokok tambah lagi sukatan, bagi mengelakkan doh menjadi terlalu lembik atau terlalu tebal. Boleh menyebabkan tekstur roti tidak lembut nanti.
Jika ada bread maker dirumah, lebih mudah untuk membuat doh roti. Dengan main campak dan tunggu sahaja boleh seiapkan doh tanpa perlu penat lelah dengan menguli tangan. Resepi roti kacang hitam ini sangat mudah kerana bahan-bahan menggunakan sukatan cawan, jadi ibu-ibu boleh mencuba untuk buat roti sendiri dirumah!