Cara Buat Popia Stik Coklat. Snek Yang Simple Sedap Dan Crunchy, Dengan Salutan Coklat Dan Nestum Yang Marvelous!
Sementara negara masih lagi pandemic. Tak dapat keluar berjalan-jalan dengan anak-anak selalu, mulalah rindu nak makan jajan. Apa kata sekali sekala buatkan mereka kudapan coklat yang sedap dan lazat. Resepi popia stik coklat bahan asasnya mudah je. Dan ianya merupakan snek yang paling sedap dan crunhcy!
Yang kita tahu, kulit popia ni dah memang selalu dijadikan bahan asas snek kan. Tak kira disalutkan dengan apa sekali pun pasti rangup dan sedap. Biasanya orang akan buat kulit popia cheese, salted egg dan macam-macam lagi. Rasanya memang tak dinafikan lagi memang marvelous.
Kombinasi antara kulit popia dan coklat anda kena cuba. Memang layan kalau dapat nikmatinya. Buat dalam bentuk stik lagi sedap, mudah nak makan dan anak-anak pun suka. Gorengan kulit popia yang rangup tu dan disalutkan dengan coklat cair dan paling sedap bila ditaburkan nestum atau kacang badam.
Walaupun simple tapi rasa mantap bila menggunakan coklat yang berkualiti. Yelah, barulah puas hati anak-anak makankan. Perkongsian resepi popia stik coklat ni dikongsikan oleh Cik Puan Shai Anne Ahemed. Menurut beliau resepi ni, ada cara untuk buat popia stik coklat yang sedap dan kekal rangup.
Kalau makan berulang-berulang pun masih sedap dan rasa crunchnya. Snek ni kalau buat berbalang-balang pun kejap je habis. Bukan anak-anak je suka. Mak ayah pun tumpang sekaki. Nak buat pun senang jadi boleh je buat banyak-banyak hanya perlukan 6 bahan ringkas untuk hasilkan snek yang crunchy ni.
RESEPI POPIA STIK COKLAT
Kalau anda guna coklat compound Berly’s ni apa-apa pun snek yang anda buat pasti sedap dan enak. Rasanya lebih kepada berlemak-lemak manis. Berbanding dengan jenama lain yang ada dipasaran. Wah! Pasti anda dah sabar nak mencuba resepi ni kan. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaan resepi ni.
Bahan-bahan yang perlukan :
- Kulit Popia (50 keping)
- Coklat Compound jenama Beryls (500g)
- Nestum Original
- Butter
- Tepung gandum dan air
- Minyak masak (Untuk menggoreng popia)
CARA PENYEDIAAN POPIA STIK COKLAT :
▶️ Bahagi & potongkn kulit popia dengan 4 bahagian. Kemudian gulungkan & letak di atas dulang. Untuk elak gulungn terbuka, sapukn sedikit tepung gandum yang dicampurkan dengan air supaya hujung kulit popia melekat.
▶️ Sterusnya goreng kulit popia tersebut hingga warnanya kekuningan. Dan ketepikan.
▶️ Untuk coklat, cairkn coklat compound Beryl’s dengan sedikit butter. Hanya menggunakan api yang slow/ double boil.
▶️ Sejuk sketika coklat yg telah dicairkn. Kemudian celupkan popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat.
▶️ Sapukan popia yang telah dicelup dengan coklat tadi ke atas Nestum. Dan susun atas dulang.
▶️ Tips untuk kekalkan kerangupan popia ni. Bakar pada oven dalam 5-10mnt.
▶️ Siap untuk dihidang!
Kalau dah cuba sekali pasti anda akan repeat lagi. Selain nestum, anda juga boleh salutan dengan badam, coklat rice dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti masing-masing. Nak buat pun sangat jimat tak perlukan modal yang banyak. Dapat pun banyak boleh makan puas-puas!
Kalau anda ingin mencubanya boleh je follow resepi yang ringkas ni. Dah alang-alang jumpa resepi snek yang mudah dan sedap seperti resepi popia stik coklat ni. Hidangkan untuk pasti mereka suka. Semoga dengan perkongsian ni dapat memberi anda manfaat. Selamat mencuba!