Resepi Rendang Telur Sedap. Hidangan Ringkas Untuk Keluarga. Makan Dengan Nasi Lemak Serius Layan!

0 24,125

Biasa rendang ni orang masak dengan ayam atau daging, tapi kali ini agak berbeza sedikit telur dibuat rendang pula. Resepi Rendang Telur dimakan dengan nasi lemak yang sedap dan menyelerakan.

Jangan pelik kalau telur boleh dibuat rendang, cuba dulu resepi ini baru ibu-ibu akan tahu kesedapan rendang telur itu macam mana. Walaupun tak semua orang pernah makan rendang telur, tapi hidangan ini sangat sedap.

Kalau makan nasi lemak mesti makan telur rebus dan ikan bilis je, kadang-kadang kena variasikan sedikit dengan mencuba menu baru supaya tidak bosan.

Resepi yang sangat luar biasa ini hasil dari perkongsian Siti Anah Saleh, resepi yang agak lain dari yang lain tapi amat sedap untuk dimakan besama nasi lemak.

Telur memang sedap dimasak apa sahaja, mahu pun dibuat rendang. Siapa yang tak pernah makan rendang telur harus cuba resepi ini.

 

RESEPI RENDANG TELUR

Rendang telur bukan sahaja enak dimakan dengan nasi lemak mahupun nasi putih, tetapi sedap jugak dimakan dengan pulut kuning. Bolehlah selepas ini makan dengan lemang dan ketupat pula gerenti sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • Telur anggaran 30 biji rebus ( digoreng )
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 11 ulas bawang merah.
  • Cili kering / cili api ikut suka banyak mana
  • 2 sudu makan rempah kari daging ( rempah rendang jenama apa sahaja)
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis.
  • 2 sudu mkn kerisik.
  • 1/2 caw santan kotak
  • 2 helai daun kunyit.
  • Asam keping
  • gula dan garam secukup rasa.

CARA-CARA PENYEDIAAN RENDANG TELUR:

▶️ Mula-mula, kisar bawang, halia, lengkuas, serai, cili dan sehelai daun kunyit.

▶️ Tumis bahan yang dikisar hingga wangi. Baru masukkan rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.

▶️ Selepas itu, masukan santan, asam keping,  gula dan garam secukup rasa.

▶️ Tambahkan sedikit air dan masukan kerisik .

▶️ Kacau sehingga mendidih, dah mendidih kuat pelankan api masukn telur.

▶️ Terpulang nak kuah banyak mana atau kuah kering.

▶️ Akhir sekali, Taburkan hirisan daun kunyit yang tinggal dan siap.

 

BACA JUGA : Tart Cadbury Sedap. Makan Sebijik Confim Tak Cukup!

 

Mudah je Kan, macam masak rendang ayam atau daging je. Cuma ditukar kepada telur rebus goreng sahaja. Makan pula dengan nasi lemak atau pulut kuning pasti sedap sekali.
Ibu-ibu jangan lupa untuk letakkan daun kunyit dalam masakan rendang, daun kunyit akan menaikan lagi kesedapan rendang dengan bau dan rasanya.

Resepi rendang telur yang gerenti sedap ini ibu-ibu perlu mencuba sendiri dirumah. Pasti anak-anak suka dengan rasanya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.