Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka Yang Sangat Moist. Rasa Tersangat Sedap Boleh Buat Orang Jatuh Cinta Dengan Rasanya!
Musim-musim lockdown ni, nak pergi kedai pun susah, kadang-kadang tu teringin nak makan benda-benda manis macam kek. Pasti ada yang tak pernah rasa kek pandan gula Melaka kan? Sebab nak selamat, apa kata cuba Resepi Cupcake Pandan Gula Melaka ini.
Kalau sebut kek pandan gula melaka ni dah terbayang macam kuih onde-onde Yang selalu makan ketika bulan puasa sebab rasanya macam sama je, cuma berbeza tekstur dan cara buat sahaja.
Resepi ini bukan sahaja boleh dibuat dalam bentuk cupcake semata, tapi boleh juga dibuat dalam bentuk kek sebiji. Jika dalam bentuk cupcake mudah untuk dimakan kerana dah sebiji-sebiji kek tu.
Makanan yang berasaskan pandan ni akan mempunyai aroma yang harum dan sedap. Biasanya kalau kek yang seperti ini ramai peminatnya dari golongan orang dewasa. Siapalah tak suka makan kek pandan ni ditambah pula dengan rasa yang unik dari campuran gula melaka.
Pasti ramai yang tak sabar-sabar nak mencuba kek pandan gula melaka ni, resepi kali ini dari perkongsian di Facebook oleh Norfazida Gda. Resepi yang cupcake yang lembut, sedap dan wangi.
RESEPI CUPCAKE PANDAN GULA MELAKA
Mungkin ada sesetengah orang tidak suka menggunakan perasa elmuco, boleh diganti dengan air pandan. Untuk lebih mengenyangkan boleh lah guna elmuco pandan, dah tak perlu untuk kisar daun pandan untuk mendapatkan pati pandan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk kek pandan :
- 2 cawan tepung kek/gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil cream of tartar
- 5 biji telur (sejuk, dari fridge)
- 1 cawan gula
- 1 sudu besar ovellet
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1/2 sudu kecil esen/emulco pandan
- 1/4 cawan air
- 1/2 cawan minyak jagung/masak
CARA-CARA PENYEDIAAN KEK PANDAN
▶️ Ayak tepung, baking powder, baking soda dan cream of tartar dan ketepikan.
▶️ Selepas itu, putar telur bersama gula dan ovellet hingga kembang dan putih gebu. Mulakan dengan kelajuan paling kecil ke kelajuan besar.
▶️ Masukkan pewarna, esen/emulco pandan, air dan minyak. Putar hingga sebati.
▶️ Kemudian, masukkan bahan yang di ayak. Putar sebentar hingga sebati.
▶️ Panaskan pengukus. Susun papercup dalam bekas/acuan lompang/muffin cup, kemudian sudukan adunan hingga 3/4 penuh papercup.
▶️ Kukus selama 20 minit dengan api kuat. Apabila sudah masak keluarkan dari alas dan sejukkan.
▶️ Paipkan cream di atas cupcakes ikut kreativiti masing-masing. Titiskan sirap gula melaka di atas cream.
Bahan-bahan sirap gula melaka:
- 1/2 cawan gula melaka (hiris halus)
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 helai daun pandan (simpul)
CARA-CARA PENYEDIAAN SIRAP GULA MELAKA
▶️ Campurkan semua bahan. Masak dan kacau hingga pekat. Sejukkan sebelum dititis atas cupcakes.
Bahan-bahan cream :
- 250gm cream cheese
- 300gm whipping cream
- 60gm gula ising
- 1 sudu besar agar-agar serbuk
- 1/2 cawan air panas
CARA-CARA PENYEDIAAN CREAM
▶️ Campurkan agar-agar serbuk dengan air panas. Kacau sebati dan ketepikan.
▶️ Putar cream cheese, whipping cream dan gula sehingga kental dan gebu.
▶️ Kemudian, masukkan agar-agar tadi. Putar sebati. Nak tambah sirap gula melaka pun boleh. Paipkan ke atas cupcakes yang telah sejuk.
BACA JUGA : Resepi Nasi Jagung Istimewa Yang Sangat Sedap. Dihidangkan Dengan Ayam Masak Merah Dan Jelatah!
Kalau yang pernah makan dan tahu macam mana rasa kek pandan gula melaka ni pasti dia tau kesedapannya. Memang tak dinafikan yang apa-apa yang berperisa pandan sangat sedap rasanya ditambah pula dengan putaran cream cheese diatasnya.
Tak semua suka dengan cream cheese, biasanya orang muda yang suka sangat dengan cream cheese ni. Boleh sahaja kalau nak tukarkan kepada buttercream yang lebih sedap dan fresh rasanya.
Buat banyak-banyak boleh sedekah dekat jiran-jiran sikit, sama-sama merasa dari air tangan sendiri. Resepi cupcake pandan gula melaka dah dapat, apa lagi jomlah baking!