Resepi Sambal Telur Pecah. Hidangan Penyelamat Yang Mudah Dan Sedap Dimakan Pada Bila-Bila Masa!
Bila ketandusan idea nak masak apa dan dah rasa bosan dengan lauk-lauk yang bersantan atau bergoreng, sambal telur pecah boleh jadi penyelamat ketika lapar. Resepi Sambal Telur Pecah ini sangat mudah untuk dibuat bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.
Jangan pelekeh dengan hidangan yang biasa-biasa ni, sebab hidangan inilah boleh jadi penyelamat ketika dah tak tahu nak masak apa. Silap-silap makan siap bertambah lagi.
Kalau dah ada sambal telur pecah ni makan dengan nasi putih sahaja pun dah cukup, tak perlu lauk-lauk lain lagi. Cukup yang ini sahaja sebagai pelengkap hidangan.
Resepi sambal telur pecah telah dikongsi oleh Habibah Badar Bajrai, masakan yang sangat simple tapi boleh membuat si pemakan tambah nasi banyak kali.
Nampak je bahan yang digunakan sangat simple tapi, bila dah siap pasti tergugat. Makan pula dengan nasi panas-panas lagi selera makan.
RESEPI SAMBAL TELUR PECAH
Kebiasaan sambal telur akan dimasak dengan telur mata yang akan digoreng satu-satu dahulu, tapi sambal telur pecah berbeza sedikit, telur akan dimasak didalam sambal dan dikacau sehingga pecah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 – 3 biji telur
- 5-6 biji bawang kecik (dihiris )
- Cili kering (blend) secukupnya
- Garam
- Gula
- Minyak masak
CARA-CARA PENYEDIAAN SAMBAL TELUR PECAH :
▶️ Panas kan minyak. Tumis cili kering sampai naik minyak
▶️ Selepas itu, masukkan bawang kecik yang kita hiris.
▶️ Apabila sudah layu masukkan telur dan terus kacau sampai sebati.
▶️ Tambah garam dan gula secukupnya. SIAP!!
BACA JUGA : Resepi Kuih Akok Kedut Pandan Lemak Manis. Cara Nak Buat Pon Mudah Confirm Jadi!
Mudahnya! Sekelip mata dah siap satu hidangan. Wlaupun simple tapi rasanya sedap betul. Pasti makan bertambah kali ni.
Sambal telur pecah jika ibu-ibu tidak suka telur pecah boleh sahaja biar telur tu masak didalam sambal tanpa kacau jadi telur akan masak dan tidak pecah. Macam ini pun sedap juga.
Resepi sambal telur pecah bukan sahaja budak-budak yang suka, pak budak pun akan makan bertambah nanti. Selamat mencuba!