Resepi Ketam Masak Cili Telur Pecah Super Sedap, Dengan Rasa Lemak Telur Yang Meresap Ke Dalam Ketam Sangat Menyelerakan!

0 26,673

Ketam ni bukan lauk yang kita masak hari-hari, tapi bila teringin nak makan ketam pasti kena masak jugak. Apa yang sedap untuk masak ketam, sekali sangat masak gulai. Apa kata cuba Resepi Ketam Masak Cili Telur Pecah pulak.

Semua tahu yang harga seekor ketam bukannya murah, kalau dapat ketam yang tidak elok atau tidak segar pasti rasa geram jugakkan? Yelah beli dah berapa dapat pula yang tidak segar, memang tak sedap untuk masak.

Isi ketam biasanya tidak terlalu banyak, jadi kena pilih betul-betul ketam ketika membeli supaya berbaloi dengan apa yang kita bayar.  Untuk mendapatkan ketam yang isi Banyak kena memilih ketam betina, kerana ketam betina biasanya isi lebih banyak dan mempunyai telur.

Untuk memilih ketam betina, kena tengok pada bahagian belakang badanya. Biasanya lebih lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Sepitnya lebih pendek berbanding ketam jangan yang lebih panjang.

Bila dapat ketam yang padat memang sedap dimasak kari, gulai atau masak lemak, tapi kali ini resepi dari perkongsian Ayna CheOmar mengenai ketam masak cili telur pecah. Nampak macam susah je, tapi sebenarnya mudah sangat nak sediakan hidangan ini.

 

RESEPI KETAM MASAK CILI TELUR PECAH

Ketam kalau tak pandai pilih akan dapat yang tak segar, berbau, isi sikit dan sebagainya. Sebab itu kena tahu tips untuk memilih ketam yang segar sebelum membeli supaya berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 kilo ketam(dicuci bersih)
  • 10 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 Biji bawang besar(potong dadu)
  • 2 cm halia(dicincang)
  • 7-9 sudu besar cili kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 Biji tomato(dipotong dadu)
  • 4 butir telur ayam
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • Sos ikan 1 sudu besar
  • Sos tiram 2 besar
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk belacan(jika suka)
  • Daun bawang(jika suka)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula 2 sudu besar (jika suka)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 cawan air

CARA-CARA PENYEDIAAN KETAM MASAK CILI TELUR PECAH

▶️ Panaskan minyak dan masukkan serai,biarkan aromanya naik dahulu.

▶️ Selepas itu, masukkan halia dan bawang putih, tumis sehingga sedikit keperangan, masukkan bawang dan masak seketika.

▶️ Kemudian, masukkan cili kisar, daun limau purut dan tumis sehingga pecah minyak,

▶️ Apabila sudah pecah minyak, masuk pula  serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato dan biarkan ianyanya masak seketika.

▶️ Seterusnya, masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Gaul rata.

▶️ Akhir sekali masuk ketam dan 1 cawan air, biarkan ketamnya masak dengan sempurna dengan api sederhana.

▶️ Jika kuahnya Kering, jangan ditambah air lagi. Biarkan air ketam keluar sendiri.

▶️ Apabila sudah masak, masukkan telur gual rata sehingga Telur masak.

 

BACA JUGA : Cara Buat Choco Jar Homemade Yang Senang. Cuma Guna Tiga Bahan Sahaja!

 

Jarang-jarang sekali boleh makan ketam ni, kena lah masak yang sedap-sedap kan? Pasti ramai peminat ketam kat sini yang tak sabar nak cuba resepi ini. Bukan selalu boleh makan sedap macam ni.
Sebelum masak ketam jangan lupa cuci ketam dahulu, buang segala insang dan cuci lendir-lendir pada ketam sebelum dimasak. Kalau tak nak masak seekor macam tu boleh belah dua ketam tersebut.

Jika dimasak sendiri hidangan ketam kos lebih murah dari makan dikedai. Makan dikedai berapa ekor je dah boleh cecah puluhan ringgit. Ibu-ibu bolehlah cuba resepi ketam masak cili telur pecah ni untuk hidangan sekeluarga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.