Resepi Cheesekut Leleh Banjir Yang Simple Dan Sedap. Makan Sampai Menjilat Jari!
Siapa yang tak suka cheesekut leleh. Sebut je menu ini confirm dah meleleh air liur. Lebih-lebih lagi pada yang penggemar cheese. Semua jenis makan yang berasaskan cheese pasti disukainya. Cara penyediaan resepi cheesekut leleh banjir ni sangat simple pasti anda tak sabar nak mencubanya.
Resepi cheesekut ni ada pelbagai-pelbagai jenis. Antara yang famous seperti cheesekut nestum, cheeskut milo, cheesekut tiramitsu dan lain-lain lagi. Jika beli dikedai harganya agak mahal jugak, tapi tak susah pun kalau nak buat sendiri cheesekut leleh dan pasti rasanya lebih enak dan marvelous!
Cara penyediaan cheesekut leleh ini sangat simple dan mudah. Hanya menggunakan 5 bahan sahaja iaitu biskut, susu pekat, susu segar, cream cheese tatuta dan serbuk milo sebagai topeng. Nak guna bahan lain pun boleh, contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
Cheesekut ni lebih kurang sama je macam buat kek batik, tak perlu guna oven ataupun penggukus. Sukatan pun boleh agak-agak je. Kalau dah mudah sangat nak buat, apa nak dibeli lagi, biasanya kalau dikedai satu bekas kecik pun dah Rm7 ke rm10. Buat sendiri lagi jimat, boleh makan puas-puas.
Kalau makan biskut berasaskan cheses ni memang tak pernah cukup. Mesti nak repeat lagi dan rasa nak buat sendiri, Jom ikut perkongsian resepi yang dikongsikan oleh cik puan Tun Natasya Farhan confirm anda puas hati, dan pastinya anda akan buat lagi.
RESEPI CHEESKUT LELEH
Kalau nak menu simple untuk hidangan minum petang boleh buat cheesekut ini. Confirm anda tak puas makan sekali, lebih-lebih lagi kalau makan cheesekut yang sejuk. Syok je masuk dimulut! Tanpa membuang masa lagi apa kata kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
- 1/2 tin susu pekat
- 1/4 cawan susu segar
- 250g cream cheese Tatura
- Serbuk Milo sebagai topping (optional, apa-apa bahan lain pun boleh)
CARA PENYEDIAAN CHEESKUT LELEH :
▶️ Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.
▶️ Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.
▶️ Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.
▶️ Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh, contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
▶️ Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!
BACA JUGA: Cara Buat Kimchi Homemade Style. Menu Yang Ringkas Dan Sangat Sedap Wajib Try Tau!
Dah siap! senangkan nak buat cheeskut Lelah ni. Kalau masuk dalam peti ais confirm anak-anak pasti tak sabar nak tunggu sejuk. Makan sejuk-sejuk pasti delicious! Padu habis! Pemanis mulut ini sesuai dihidangkan untuk menu petang dan boleh juga dihidangkan pada tetamu.
Tengok gambar pun dah mengeliurkan dah, pada penggemar cheese boleh cuba buat resepi ini. Rasanya pasti anda puas hati. Dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan rakan-rakan pasti mereka suka resepi yang super sedap ini.
Dengan perkongsian resepi ni, agar dapat memberi manfaat kepada semua. Resepi cheesekut Lelah sangat mudah penyediaan dan bahan-bahan pun mudah didapati. Jika tiada kelapangan boleh save dulu resepi ini dan cuba next time. Selamat mencuba!.