Rahsia Resepi Gulai Ayam Kerisik & Sup Bunjut Yang Simple Dan Sedap. Tak Cukup Sepinggan Nasi Dibuatnya!
Pernah tak cuba gulai ayam tapi letak kerisik dan sup bunjut. Resepi ni lain dari yang lain tau! Tapi bila makan sangat sedap boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya. Hari ini, apa kata kita tengok perkongisan resepi gulai ayam kerisik sup bunjut yang pasti membuatkan anda teruja dan sabar nak mencubanya.
Resepi gulai ayam ini mempunyai keenakkan yang tersendiri berbanding dengan gulai ayam yang biasa kita makan. Kerana gulai ini menggunakan kerisik dan sup bunjut dalam penyediaan. Kuahnya akan menjadi sedikit pekat, berlemak dan rempahnya lebih terasa.
Selain sedap dimakan bersama nasi putih, hidangan gulai ayam ini juga sesuai dimakan bersama dengan ketupat palas, pulut kuning dan ianya boleh diganti sebagai rendang untuk dicicah dengan lemang. Menu ini, boleh dijadikan hidangan tengahari ataupun malam, dan boleh juga dihidangkan pada musim perayaan nanti.
Cara penyediaan resepi gulai ayam ini juga cukup ringkas tapi hasilkan pasti tidak akan mengecewakan anda. Kerisik digunakan dalam bahan untuk perapan ayam. Bahan-bahan perapan tu gaulkan dengan ayam dan biarkan lebih kurang sejam supaya perapan itu lebih terasa rempahnya.
Resepi asal gulai ayam kerisik ini adalah perkongisan dari cik puan Zana Mokhtar dilaman facebooknya. Jika ingin mencuba boleh follow teknik memasak dengan betul. Pasti anda tidak menyesal nanti. Menu ni kalau makan dengan nasi panas dan sambal belacan pun dah cukup membuat anda ketagih.
RESEPI GULAI AYAM KERISIK SUP BUNJUT
Bagi yang suka makan ayam, boleh pelbagaikan menu dihidangan anda supaya tidak muak. Semestinya menu yang unik ni dapat menarik selera makan anda. Tanpa buang masa apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan hidangan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan perapan ayam :
- Ayam
- Bawang merah ( kisar)
- Bawang putih ( kisar)
- Halia ( kisar)
- Rempah ayam/daging
- Rempah ikan
- Kerisik
Bahan lain :
- Bawang merah di hiris
- Bawang putih di hiris
- Halia di hiris
- Daun kari
- Serai
- Sup bunjut
- Bunga lawing
- Kayu manis
- Buah pelage
- Santan
- Asam jawa
- Minyak sapi
CARA PENYEDIAAN GULAI AYAM KERISIK SUP BUNJUT :
▶️ Bahan-bahan perapan tu gaul kan dengan ayam. Biarkan lebih kurang sejam. Tapi lagi lama lagi best.
▶️ Tumiskan bawang merah, putih, halia, daun kari dan serai. Dah naik bau. Baru masuk masuk kesemua ayam di perapkan.
▶️ Biarkan seketika sampai pecah minyak. Lepas tu baru masuk santan.
▶️ Biarkan sampai pecah minyak dengan api kecil je. Selepas tu baru tambahkan air.
▶️ Biarkan seketika. Selepas tu tambah garam gula perang dan air asam jawa. Biarkan sekejap.
▶️ Letakkan minyak sapi sedikit je lebih kurang setengah sudu atas kuah ayam tu, letak kan cili api. Nak tambah kentang pun boleh ye. Jangan kacau minyak sampai minyak sapi cair sendiri.
▶️ Biarkan sampai betul-betul sebati dan pecah minyak. Siap untuk dihidang.
BACA JUGA: Resepi Cheesekut Leleh Banjir Yang Simple Dan Sedap. Makan Sampai Menjilat Jari!
Tada! Siap untuk dihidang! Jika menggunakan kerisik dalam masakan, ianya lebih berlemak dan pekat. Aroma dari kelapa goreng memang membuat resepi anda sedap dan keakan-akan rasa rendang. Wah 2 in 1. Sesiapa pernah cuba mesti tahu kan rasanya.
Hidangan gulai ayam ini boleh dihidangkan pada bila-bila masa. Jika dibelah pantai timur hidangan berlauk dijadikan menu makan pagi. Dan gulai ayam letak kerisik memang popular disebelah sana. Mesti anak-anak di perantauan yang teringin nak makan nasi berlauk ini di waktu pagi boleh cuba resepi ni.
Sangat unikkan resepi gulai ayam kerisik dan sut bunjut ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Kepada yang suka makan gulai ayam boleh cuba pula resepi ini dan jangan lupa share pada kawan-kawan anda juga. Selamat mencuba!