Biasa dengar ikan goreng masak asam je, tapi kali ni ikan bilis tumis asam pula. Pasti ada yang belum pernah makan hidangan ini. Resepi Ikan Bilis Tumis Asam salah satu hidangan yang mudah tapi menyelerakan.
Bila dah pening fikir nak masak apa untuk hidangan hari ni, ibu-ibu boleh cuba resepi ikan bilis tumis asam ini. ini pun salah satu hidangan penyelamat bila dah buntu nak masak apa.
Jangan cakap hidangan simple macam ini tak boleh menambat hati orang ye, silap-silap makan dengan nasi putih panas-panas asyik menambah aje.
Kadang-kadang hidangan yang simple ini penyedap setiap kali makan. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak terlalu banyak, semua sudah ada dirumah Cuma tunggu masak sahaja.
Resepi ikan bilis tumis asam ini telah dikongsi oleh Neny Lai Han, resepi yang mudah untuk ibu-ibu follow dan buat dirumah yang pasti sedap.
RESEPI IKAN BILIS TUMIS ASAM
Hidangan ini sangat mudah dan sedap. Rasa yang secukup rasa masam, masin dan pedas boleh membuat orang yang pertama kali memcuba hidangan ini makan bertambah-tambah.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 2 gengam besar ikan bilis ( goreng garing )
- 5 biji bawang merah kecil ( hiris nipis )
- 10 biji cili padi ( patah-patahkan )
- 1 batang cili merah ( dipotong serong )
- Sedikit air asam jawa
- 2 sudu makan sos cili
- Kicap pedas ( renjiskan 4 kali )
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Secukup rasa
- Gula sedikit
- Minyak masak
CARA-CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS TUMIS ASAM
▶️ Panaskan minyak goreng ikan bilis hingga garing ketepikan.
▶️ Masukkan bahan hiris hingga layu masukkan serbuk kunyit kacau sebati.
▶️ Tuangkan air asam biar menggelegak masukkan sos cili dan renjiskan kicap. Kacau sebati.
▶️ Perasakan kuah dengan gula dan cukup rasa kacau sebati. Tutup api biarkan sekejap.
▶️ Agak kuah asam dah suam-suam masukkan ikan bilis garing kacau sebati.
BACA JUGA : Resepi Brownies Kukus. Sangat Lembab Dan Terlajak Sedap!
Siap dah satu hidangan untuk hari ini, dah tak perlu pening-pening lagi. Masak yang simple-simple pun dah sedap siap bertambah-tambah lagi makan nasi. Makan pula dengan sambal kicap, lagi sedap!
Ikan bilis yang sudah digoreng jangan terus masukkan kedalam kuah asam tu, bagi kuah asam sejuk dahulu baru masukkan. Supaya ikan bilis tidak lemau dan lembik bila bercampur dengan kuah asam.
Resepi ikan bilis tumis asam sangat mudah dan penyelamat semasa kebuntuan nak masak apa. Bukan sahaja kita yang suka makan silap-silap anak-anak sekali makan sampai tambah-tambah nasi. Selamat mencuba!