Resepi Kuih Talam Durian Licin Yang Super Sedap. Sekali Gigit Pasti Teringat-Ingat Dengan Rasa Durian Yang Mengancam!

0 4,203

Sekarang ini musim durian, pasti banyak durian yang dijual ditepi-tepi jalan. Pelbagai kuih boleh dihasilkan dengan menggunakan durian salah satu ialah kuih talam, jom! Follow Resepi Kuih Talam Durian ini.

Resepi kuih talam durian kali ini hasil perkongsian daripada Ieda Jahaya, hasil kuih talamnya sangat sempurna sekali dengan permukaan yang licin dan lapisan yang melekat elok antara bahagian atas dan bawah.

Kuih talam ada pelbagai perisa tapi yang paling legend kuih talam durian la. Bukan senang nak dapat kuih talam yang berperisa durian ni, kena tunggu musim baru boleh jumpa sebab itu bila musim durian baru ada kuih talam durian ni.

Kalau cakap pasal durian ni pasti ramai peminat durian, tidak kiralah makan macam tu sahaja atau dibuat kuih. Durian bila dibuat kuih bau dia tetap sama mengancam macam memanggil-manggil je suruh makan.

Pemilihan isi durian yang elok untuk dibuat kuih dengan menggunakan isi durian yang rasanya manis, lembut dan elok baru dapat hasil rasa kuih yang sedap lemak manis dari isi durian tu. Jangan pula guna isi durian yang keras dan kurang manis untuk dibuat kuih nanti rasanya  jadi tidak sedap.

 

RESEPI KUIH TALAM DURIAN

Bagi mendapatkan permukaan kuih talam yang cantik dan licin, adunan setiap lapisan perlulah dimasak sehingga naik wap dengan menggunakan api kecil dan sentiasa kacau sehingga memekat dan tutup api apabila permukaan sudah terasa panas.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sudu kecil tepung jagung
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • Sedikit garam
  • Telur 1 bijik
  • 1 sudu kecil esen vanilla

 

Lapisan Atas
  • 1 cawan besar isi durian ( diblend hancur )
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Sikit garam
  • Pewarna kuning
  • 1 cawan santan pekat
  • 11/2 cawan santan cair

CARA-CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM DURIAN

▶️ Mula-mula panaskan dahulu pengukus, sapu loyang 8″ dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.

▶️ Kemudian, campurkan semua bahan untuk lapisan bawah dan tapis masuk dalam periuk.

▶️ Seterusnya masak dengan api sederhana, sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.

▶️ Apabila sudah sedikit pekat tutup api dan tuang dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

▶️ Pastikan air tidak menitik diatas permukaan kuih dengan membalut penutup pengukus dengan kain.Setiap 10 minit sekali angkat tudung kukusan.

▶️ Apabila dah masak cakar-cakarkan lapisan bawah, supaya lapisan atas akan melekat apibila sudah masak.

▶️ Untuk adunan lapisan atas, campur semua bahan, masak sekejap diatas api sederhana sehingga sedikit pekat tutup api.

▶️ Selepas itu, tuang dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

▶️ Apabila sudah masak pastikan disejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Puteri Ayu. Kuih Yang Lembut, Gebu, Dan Mudah Dibuat Dengan Menggunakan Sukatan Cawan!

 

Fuh! tengok je pun dah tahu sedap, tambahan pula buat kuih talam durian dengan bau durian yang yang mengancam memang akan buat semua orang tak sabar nak makan. Bagi pengemar durian pasti akan suka dengan resepi ini.

Kalau nak lagi sedap, dengan rasa durian yang lebih banyak boleh tambah isi durian semasa membuat adunan lapisan durian. Bila buat sendiri mesti nak yang lebih, supaya bila makan puas hati dengan rasa durian.

Pengemar durian pasti tidak sabar nak mencuba resepi kuih talam durian ni, cara dan bahan sangat mudah cuba perlu ada bahan penting iaitu durian baru boleh buat kuih talam ni. Jangan lupa untuk mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.